My Blog List

Saturday 12 March 2011

SAHABAT CINTA. -BAB 5-

Fuad mundar-mandir didalam biliknya. Hatinya tidak begitu senang sekali. Pelbagai perasaan yang melanda dirinya sama ada teruja, takut dan gementar. Dia tidak sabar untuk menyemak keputusan tawaran pengajian di laman web rasmi milik jabatan politeknik kementerian pengajian tinggi. Di dalam hatinya itu hanya mengambarkan keputusan tawaran tersebut sahaja.

“Mak! mak! Fuad nak keluar sekejap”.

“Fuad, engakau nak ke mana nak”.

“Fuad nak pergi ke pusat komputer  emak. Fuad pergi sekejap sahaja”.

“Baiklah Fuad”. Balas emaknya itu.

            Fuad segera begerak ke pusat komputer yang tidak begitu jauh dari rumahnya. Dia hanya pergi berjalan kaki yang hanya memngambil masa 10 minit sahaja. Manakala mak piah tidak mengetahui tujuan anaknya ke pusat komputer.  Mak Piah hanya mengetahui anaknya itu begitu asyik mundar-mandir tidak keruan di dalam rumah. Mak Piah ingin bertanya kepada anaknya. Namun di sebabkan dia terlalu sibuk menguruskan barangan jualan pada keesokan hari, niat Mak Piah terhenti. Dia terlupa perkara yang hendak ditanyakan itu.

            Manakala Fuad tidak keruan berjalan kaki menuju ke pusat komputer. Langkah kakinya itu begitu laju sekali agar dia cepat sampai di tempat yang ditujunya itu. Hatinya semakin gusar dan tidak membayangkan apa yang bakal dia terima setelah mengakses laman web milik jabatan politeknik. Dia berdoa terlebih dahulu agar keputusan tawaran pengajian itu bakal mengembirakan hatinya.

“Alhamdulillah..akhirnya dapat juga aku meneruskan pengajian di peringkat diploma”. Fuad begitu gembira sekali.

Setelah fuad sudah mengetahui keputusan tawaran pengajian dia segera pulang untuk memberitahu kepada ahli keluarganya. Dia memberi salam kepada ahli keluarganya dirumah. Terserlah wajah gembira yang terpampar. Adik bongsu fuad berasa hairan dan mula bertanya kepada abangnya itu.

“Abang Fuad, kenapa gembira semacam saja ni. Ada apa-apakah”.

Fuad hanya senyum sumbing kepada adiknya itu dan membalas jawapan yang di tanyakan kepada adiknya. “Tiada apa-apalah Fendi”.

“Habis tu mengapa Abang Fuad kelihatan riang sekali”.

“Hmmm..emak mana Fendi? Abang ada sesuatu yang ingin dicakapkan kepada emak”. Aiman menukar perbualan dengan adiknya itu. Baginya berita gembira itu perlu disampaikan kepada emak dan abahnya terlebih dahulu.

“Emak berada di dalam biliknya abang.”.

            Fuad segera melangkahkan kakinya untuk pergi ke bilik orang tuanya itu. Pintu bilik orang tuanya itu tertutup dengan rapi sekali. Fuad segera mengetuk pintu bilik tersebut agar dia dibenarkan masuk kedalam biliknya itu.

“Tuk..Tuk…Tukkkk”. Mak Piah segera membuka pintu biliknya itu.

“Emak, mak tidur lagikah”. Fuad bertanya kepada emaknya itu.

“Belum lagi Fuad. Engkau ada apa”.

“Hmmm…emak, abah mana? Fuad ada berita ingin disampaikan kepada mak dan abah”.

“Fuad, abah engakau keluar tadi. Belum pulang lagi. Takkan engkau tidak sedar kereta abah kau tiada diluar rumah tu”.

“Maaf mak, Fuad lupa. Hmm..Fuad nak beritahu kepada emak bahawa Fuad dapat sambung belajar lagi. Fuad baru sahaja menyemak keputusan tawaran pengajian tadi”.

“Ya ke Fuad? Syukur Alhamdulillah. Akhirnya kau dapat juga sambung belajar ya nak”.

            Mak piah begitu gembira dengan apa yang di dengarnya tadi. Anak keduanya itu akan menyambung pengajian semula ke peringkat diploma. Dia tidak begitu sabar untuk menceritakan berita gembira itu kepada suaminya. Pak Yunus baru sahaja pulang dari restoran miliknya itu. dia begitu letih sekali kerana menguruskan beberapa pekerjaan yang masih terdapat di restoran tersebut. Semenjak dia bersara, pak yunus mengambil keputusan untuk mebuka restoran yang terletak dibandar klang.

            Mak Piah terdengar suara suaminya itu dan segera kea rah suaminya itu. dia bertanyakan segala pekara yang berkaitan dengan restoran milik suaminya itu terlebih dahulu. Mak Piah mengajak suaminya kedapur dan menghidangkan kopi o panas kepada suaminya. Mak Piah memulakan bicara untuk menyampaikan berita gembira kepada suaminya.

“Abang, tadi Fuad bagitahu Piah yang dia dapat tawaran sambung belajar”.

“Betulkah Piah, eloklah macam itu”.

Pak yunus segera menghirup air kopinya itu. pak yunus segera memanggil Fuad untuk mendengar dengan lebih mendalam.

“Fuad! Mari sini sekejap nak. Abah ada hal ingin bertanya kepada Fuad”.

            Maka, Fuad segera menuju ke abahnya itu. Dia sudah menjangkakan kenapa abahnya itu memanggilnya untuk bersua. Didalam hatinya itu begitu gusar kerana dia begitu takut sekiranya Pak Yunus tidak membenarkan dia untuk sambung pengajia.

“Abah..abah panggil Fuadkah”.

“Yalah Fuad. Takkan ada nama orang lain lagi didalam rumah ini yang sama dengan kau”. Pak Yunus sempat menyindir anaknya itu.

“Fuad betul kau dapat sambung belajar?”.

“Betul abah, Fuad baru sahaja menyemak keputusan tawran pengajian tadi. Fuad dapat sambung belajar di selatan tanah air abah”.

“Johor??

Gluppp…Fuad semakin gusar. Dia begitu takut sekiranya Pak yunus tidak membenarkan dia untuk sambung belajar semula.

“Fuad, abah benarkan kamu belajar tetapi kamu kena janji dengan abah yang kamu akan rajin belajar disana”.

            Fuad begitu gembira sekali. Dia melompat keriangan hingga tak terkata. Dia ingin berkongsi cerita dengan kawannya Aiman. Fuad tahu bahawa aiman turut memohon untuk menyambung pengajian. Dia ingin bertanyakan kepada Aiman mengenai pekara itu.

            Setelah dia sudah mengetahui Aiman dapat tawaran pengajian, Fuad berasa lega kerana terdapat kawan sekelasnya itu akan menuntut tempat yang sama dengannya. Dia menghubungi kawan-kawan yang lain. Fuad terfikir untuk bertanyakan kepada Ilham. Dia segera menelefon Ilham untuk bertanyakan hal tersebut.

Pernah ada rasa cinta…..kedengaran lagu saleem iklim berkumandang di telefon bimbit milik Ilham. Ilham segera mencapai telefon bimbitnya itu. Kelihatan nama pemanggil yang trpampar di skrin telefon bimbitnya. Dia segera menjawab panggilan telefon.

“Assalamualaikum, abang am apa khabar?”.

“Waalaikumsalam, abang am sihat sahaja, Fuad menelefon abang ada apa?”.

“Oooh.. baguslah abang am sihat. Fuad ingin bertanyakan kepada am sesuatu”.

“Apa dia Fuad?”.

“Macam ni abang am, Fuad baru sahaja menyemak tawaran pengajian politeknik. Abang am ada mohon kemasukan kali ni”.

“Abang am mohon kemasukan kali ini juga. Baru sahaja menyemaknya tadi. Alhamdulillah abang dapat tawaran pengajain di Politeknik Johor Bahru”.

“Betul ke abang am? Hmmm..Fuad dan Aiman dapat tempat itu juga. Nanti bolehlah kita jumpa”.

“Insyaallah, Fuad, Abang am ada sedikit kerja yang ingin dibuat. Lain kali kita berbual lagi”.

“Baiklah abang am”.

            Maka terputuslah talian perbualan mereka itu. Fuad begitu gembira kerana kawan rapatnya itu dapat tawaran pengajian di tempat yang sama dengannya. Dia segera memberitahu kepada aiman.

Bip..bip..bip... aiman melihat telefon bimbitnya itu. terdapat satu pesanan ringkas yang baru diterimanya. Aiman severa membaca pesanan ringkas tersebut.

“Assalamualaikum, Aiman aku mahu memberitahu kau bahawa Abang am dapat satu tempat pengajian dengan kita. Aku baru sahaja menelefonya tadi”.

            Aiman membalas pesanan ringkas kepada Fuad.”Betulkah Fuad . Baguslah”.

Aiman berasa gembira kerana Ilham dapat tawaran ditempat yang sama dengannya. Dia tidak begitu sabar kerana sudah begitu lama tidak berjumpa dengan Ilham. Banyak pekara yang ingin dikongsi kepada Ilham. Kematangan kata-kata Ilham itulah yang aiman suka. Di sebabkan Ilham matang dan usia lebih tua tiga tahun dari Aiman dan Fuad, Ilham suka mensaihati mereka yang lebih muda darinya. Ilham menganggap Aiman dan Fuad seperti adiknya.






 *bersambung......*

Friday 11 March 2011

-KeNanGaN ZaMaNKu BelajAr-

Salam hormat...


Hei..kawan2 hari ini Eiman boleh teringat waktu zaman belajar dulu..waktu belajarlah waktu yang paling best sekali kan. waktu inilah paling yang seronok sekali..eiman nk kongsi cerita masa zaman persekolahan eiman sedikit kt kalian.

  • Zaman Sekolah Rendah
           Waktu Zaman nilah Eiman pandai kenal ABC dan seterusnya pandai membaca sepenuhnya. Huruf Alif Ba Ta n mengaji pun Eiman tahu. Waktu ini Eiman terpaksa pergi dua sekolah iaitu Sekolah kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama. Yang pasti kawan Eiman masa itu org yang sama. rindu teramat sgt kat kawan-kawan sekolah rendah..ada yg dh beranak pinak dan ada yang masih belajar. Masa zaman ini teringat eiman kena smack down degan guru bahasa inggeris masa darjah 5. sakit hingga pengsaan u all..nasib baik parents eiman ada hati budi yang baik kalo tidak cikgu bahasa inggeris tu gerenti entah kt mana. apa pun eiman dah maafkan cikgu tersebut. maklumlah masa zaman kechik2 semua org nakal kan.
  • Zaman Sekolah Menegah
          Masa sekolah menegah sikap Eiman berubah. terus jadi pendiam. jadi budak baik yg suka pegang buku setiap masa. kononnya study tp eiman taklah pandai mana. Ingt lagi masa tingkatan 1, eiman suka curi2 kuar kelas melalui pintu belakang masa cikgu ngah khusyuk mengajar.lagi subject english lh..masa ni emian dah mula rabun jauh..nk stduy pun susah..disebabkn eiman dh x nmpak semua subject math eiman x faham.eiman semakin malas belajar.  tingkatan 2 barulah eiman pakai spec. mulalh eiman poyo jd budak skemah pegang buku. masa ini eiman selalu gaks xdtg sekolah disebabkan eiman masuk wad akibat bisul ditanggan. smpai skrg kesan bisul tu ada kt tangan eiman. gerenti akan ingt sampai bila2 nnti. cerita tingkatan tiga, eiman mulalh rajin sedikit study walaupun kemalasan tetap melanda diri. betul x gitu. hahahaha...waktu inilh semua dak tingkatan 3 kena ambik PMR. Keputusan PMR eiman cukup2 jer..dpt lh 2 jer..tingkatan 4 plak, cerita penuh konflik dlm diri eiman. eiman x tegur sapa dgn kwn baik eiman sendiri selama 6 bulan. kejam x eiman ni.bukan apa eiman boring dia asyik cerita pekara yang sama. dalam hati sebenarnya jeles coz dia asyik g rombongan. eiman plak xdpt coz ayah susah nk benarkan. masa mula2 masuk tingkatan 4,eiman terpilih masuk kelas sains tulen. sgt hairan eiman x pandai pun boleh masukkah..tp eiman ambik langkah bijak dgn menukar kelas.hmmm...cikgu mula2 x kasi eiman tukar kelas. eiman dgn kawan baik eiman puas merayu nk tukar kelas.dalam hati eiman cakap kalo cikgu x kasi tukar kelas eiman akan pindah sekolah. punyalah sgt kawan baik eiman nk tukar kelas dia boleh menaggis..first time ngok kawan baik eiman menanggis..eiman xdelh smpai cam tu.sbb eiman dah buat rancangan sendiri.tingkatan 5 semua org nk ambik SPM.macam itu gaks eiman.eiman bukan lh rajin study tp cara eiman study memang pelik.eiman akan baca kuat2 sampai org dengar.lepas baca balik semula untuk faham. masa inilah saat paling best sekali.saat bergembira bersama kawan-kawan.peristiwa sangat menarik waktu itu ialah rombongan satu kelas b dan sebahagian budak kelas c pergi ke gua tempurung.banyak sgt pekara menarik disana.lagi2 geng eiman semua pergi.eiman dan kawan baik akan tetap bersama untuk kesana. yang paling eiman x sangaka masa inilah eiman dan dak2 kelas A dan B boleh rancang buat mogok. satu sekoalah tahu kami semua x dtg sekolah buat mogok.dah lh hari isnin dak kelas A dan B xde waktu tu.cikgu2 semua kecoh.ada cikgu yang sokong ada cikgu yg perli kami.isu buat mogok ni terjadi disebabkan kelas kami dirampas oleh pelajar senior yang baru masuk sekolah. maklumlah keistimewaan semua akan diberikan kepada form 6. memang x adil masa itu. sedangkan kami akan mengambil SPM tp dianak tirikan. Eiman ditukar kelas eperti penjara. nasib abik penjara tu xde pintu cuma grill jer kt tingkap.tp malangnya kami sukar untuk belajar kerana menghidu aroma yg nyaman di kawasan tandas tersebut. waktu hujan bgerenti kami semua akan lencun. kami terpaksa meneruskan sehingga untuk menduduki SPM. wahhhh...rindunya kt kawan sekolah menangah ni..especially budak2 kelas B Prinsip Perakaunan sesi 2006. ada yg dh kahwin ada yang ada anak.ada yang bekerjaya ada yang belajar..bilalah akan berjumpa kawan2 sekelas lg. Isma,Kanesan,Jeewa,Dayah,Fiza,Bee Chan,Chong Mei,Yap Yan Min,Raja,Epit,Paan,Thanabalan,Dorai,Kamalesh,Kavitha, Be Ah Huay, Nancy,Amutha,Hazrin,Suri,Aishah,Latifah,Sham,dan Anis..rindu sama kalian semua...harap semua berjaya dalam hidup..

  • Zaman Psis
                Zaman nilah Eiman mula mengenal dunia. saat nilah dunia remaja beputar dengan galaknya. 3 semester di Psis banyak pengalaman pahit dan manis. 1 semester untuk pergi praktikal memang mencabar sekali. bermula sem 1 eiman mengenal apa yang dilakukan oleh budak lelaki.maksud eiman cerita birulh..huhuhuhu..itulh first time eiman menerima pembelajaran dari kengkawan. sem1 eiman ada juga pergi ke teluk batik untuk berhibur bersama kengkawan. masa sem 1 eiman memang x rapat dengan dak bilik eiman.cuma tegur gitu jer. kadang2 eiman x tahu diaorg ada bilik atau tidak.time eiman balik bilik cuma bapa org je yg ada. kadang x jumpa langsung. masing buat hal dgn budak kelas sendiri kan. tp time eiman nak tidur time tulh eiman diganggu dgn lagu menyakit telinga. tapi nak buat macam mana eiman terpaksa tidur dgn suasana bising.xkn nk marah2 x tentu hala.sem 2 mula saat konflik terlampau sgt. eiman sakit jiwa mcm nk bunuh diri jer.lepas tu bnyk peritiwa hitam berlaku, hanya eiman saja yang tahu. sem 3 eiman pergi praktikal di PD. tahap tekanan jiwa memang tinggi.sem 4 adalah sem akhir eiman.waktu ni eiman selalu balik kampung tiap hujung minggu. bosan duduk asrama sangat.kadang2 eiman bosan duk asrama eiman mula pergi ke pantai duk lepak.sorang2 pun ada dgn kawan pun ada.apa pun itulh sedikit peristiwa disana.
  • Zaman PJB
           akan ku simpan dan akan ku luahkan...

Sunday 6 March 2011

Menjadi Promoter

Hai...
Kali ini Eiman ingin menjadi promoter untuk rakan sekelas Eiman masa belajar dahulu. Walaupun Eiman tidak mendapat kebenaran untuk Upload PiC dia, Eiman rasa ini satu aktiviti yang ikhlas agar product kawan Eiman mendapat tempahan dari orang diluar sana. Hasil Product kawan eiman yg mendapat dihati Eiman sekali ialah:-

1.The Urban- A007
FABRIC : RED/BLUE
DESIGN : OWN CHOICE LACE N BUTTON
BAG : RM 45.00
POS: RM 5.00





















2.The Sunshine Bag-A003
FABRIC : BLACK
DESIGN : OWN CHOICE COLOUR
BAG : RM 25.00
POS: RM 5.00

















3.The Warrior Bag-A002
FABRIC : black/grey
DESIGN : OWN CHOICE COLOUR
BAG : RM 35.00
POS : RM 5.00

















4.The Phanthom Bag-A001
FABRIC : black/grey
DESIGN : OWN CHOICE COLOUR
BAG : RM 35.00
POS : RM5.00





















5.The Sunshine Bag-A003
FABRIC : BLACK
DESIGN : OWN CHOICE COLOUR
BAG : RM 25.00
POS: RM 5.0

















6.The Black Rose -A005
FABRIC : BLACK
DESIGN : OWN CHOICE LACE N BEEDS
BAG : RM 35.00
POS: RM 5.00





















7.The Armer -A004
FABRIC : BLACK
DESIGN : OWN CHOICE LACE N BUTTON
BAG : RM 35.00
POS: RM 5.00






















8.the blue A0006
FABRIC : red / blue ( L)
BAG : RM 40.00
POS : RM 5.00






















9.the red A0006
FABRIC : red / blue ( L)
BAG : RM 40.00
POS : RM 5.00





















10.B001
FABRIC : LEATHER ( L)
BROWN,WHITE
BAG : RM 45.00
POS : RM 5.00






















11.B002
FABRIC :BLACK ( L)
LACE(OWN CHOICE COLOR)
BAG : RM 35.00
POS : RM 5.00






















Inilah Koleksi beg kawan Eiman..Cantik tak beg ni semua..beg ini semua adalah hasil rekaan kawan sekelas Eiman.Kawan Eiman juga menahit beg ini semua. Jika pelanggan diluar sana ingin beg ini anda boleh lah menghubungi kawan eiman untuk membuat penempahan.

*Nazreen Shah (Ayen)
tel : 014 -5325105/014 2132829
e-mail : ayenchubby@yahoo.com


~Kepada pereka beg(ayen) Eiman minta maaf kerana jadi promoter tidak rasmi.

Saturday 5 March 2011

Cerpen : Adakah Ini Hidupku


Adakah ini Hidupku…
                Aku seorang anak watan yang berasal dari kampung..untuk menimba ilmu, aku menutut disebuah intitusi pengajian tinggi..Kehidupan disini mengajar aku pelbagai erti..Namun kekelemahan diri menghantui fikiran kecilku ini..Aku tahu dengan kelemahan diri yang aku alami..namun sungguh sukar untuk aku atasi seorang diri..Sumber kekuatan aku adalah emak, tanpa emak aku tidak mampu bertahan disini..secara jujurnya aku tidak boleh berjauhan dengan emak..teringat pesanan emak di kampong..”Angah..jangan tinggalkan solat, banyakkan berdoa”..Namun jenis yang cuai..nasihat emak seperti masuk telinga kananku dan keluar telinga kiriku ini..
Manusia memerlukan komunikasi antara sama sendiri..memang tidak dapat di nafikan..Aku mula teringat kepada kawan-kawan sekolahku dahulu..begitu gembira berkongsi saat manis..hmm kerinduaku kepada kawan-kawan memang tidak dapat dinafikan..rindunya aku kepada Chandran, Raju, dan Ikram..kami selalu bersama pada satu saat dulu..sehingga ke tempat trpencil kami berempat pasti bersama..
“Chandran, sudah siap latihan akaun?”..”Sudahlah Fizz, mestilah sudah siap..tidak seperti awak”..hmm chandran seperti tahu niatku..”Chandran, boleh saya pinjam..saya tidak buat lagi latihan akaun itu”..dengan spontan chandran membalas..”saya dah tahu apa yang awak mahukan Fizz”..aku tersengih membalas ayat yang dikeluarkan oleh chandran..
                Hmmm…banyak betullah latihan akaun ni..sempat ke aku tiru..nanti masa cikgu zila..harap sempatlah..tidak pasal aku kene cubit dengan dia..
Akhirnya sempat juga aku meniru dan menyalin latihan akaun tersebut..dari tadi aku seperti kehilangan seseorang..owhh ikram rupanya..dimana dia berada..raju pun tiada di kerusinya..baik aku tanya kepada chandran..”chandran..awak tahu dimana ikram dengan raju? Dari tadi saya tidak Nampak batang hidung mereka berdua”..dengan pantas chandran membalas..”Fizz..mereka berdua panggil cikgu zila, takkan awak lupa.”..aku terus berborak dengan chandran..tiba-tiba nahu aku disapa..terkejut aku..”kau ni ikram..nasib baik aku tidak ada sakit jantung”..ikram tersengih sumbing seperti biasa..”wei korang, cikgu tidak masuk hari ini”..betul ke ikram..aku dengan kau bukan aku percaya sangat..aku sudah masak dengan kau..bukan boleh percaya cakap kau tu seratus peratus..Ring…ring..ring..tersentak aku dari lamunan..phone aku berbunyi..pemanggil ialah emak..apa agaknya..hmmm…rupanya aku teringat kepada mereka bertiga..tempat aku meluahkan cerita semasa zaman persekolah..sudah lama aku tidak menghubungi chandran dan raju..setakat ikram..balik kampung aku boleh jumpa..
                Hidupku disini menerima pelbagai dugaan..namun aku sendiri yang mencipta segala konflik yang ada..Kelemahan diri masih menghantui jiwa..mengapa begitu sukar untuk aku berkomunikasi dengan lelaki dari bangsaku sendiri..dengan masalah ini aku suka menyendiri..inilah sikap yang ada dalam hidupku..inilah yang aku simpan selama ini..


Aku melangkah ke institusi ini untuk menyambung pengajian diperingkat diploma..pada peringkat awal, hatiku tidak bersedia untuk menyambung pengajian semula..aku berfikir, ini sahaja peluang yang harus aku ambil..Emak bertanya kepadaku..”Angah, sudah bersediakah untuk sambung pengajian”..aku membalas “tidak pastilah emak, tapi kawan angah pun dapat disana juga, tidak kekoklah angah nanti”..emak seperti mengetahui isi hatiku ini..Aku besandarkan seribu harapan kepada shahir..Shahir lah tempat aku bergantung harap..kerana aku sedar dengan kelemahan diri yang aku ada..dengan adanya dia, sudah pasti aku mempunyai kawan untuk berinteraksi..sudahlah aku hampa dengan berita tentang amzan yang lebih beberapa tahun  tua dari aku tidak jadi untuk sambung disini kerana dia dapat bertukar ke tempat lamaku dahulu..dengan adanya amzan sudah pasti banyak nasihat diberikan kepadaku..fikirannya lebih matang dan membuatkan aku menerima nasihatnya..
“Fizz, kita kena cari rakan serumah yang baru” kata shahir..”Ikut suka kau hir..aku setuju..janji sewa rumah dapat bayar kurang dan perangai budak-budaknya baik..aku terima”..
Pada minggu seterusnya bermula kehidupan aku dengan rakan serumah yang baru..walaupun aku mempunyai masalah tentang pekara yang terdapat minda..aku cuba untuk bergau dengan mereka semua..walaupun aku banyak membisu seribu bahasa..dalam erti sebenarnya aku tidak tahu untuk memulakan bicara..
                Owh tuhan..mengapa aku sukar untuk membuang kelemahan diri..kadangkala aku cemburu dengan hir kerana dia dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja..kelemahan diri aku ini menjadi konflik terhadap diri aku sendiri..
Aku mula teringat perihal aku dengan ikram dahulu..sungguh berdosa rasanya terhadap dia..disebabkan emosi yang tidak stabil..aku tidak bertegur sapa dengan ikram selama 6 bulan..aku bosan dengan dia yang suka bercerita perihal pelancongan atau lawatan..aku tahulah dia selalu pergi melancong dengan menaiki bas..tapi janganlah cerita benda yang sama..membuatkan aku tertekan..lagi satu punca aku tidak mahu tegur dia sebab dia banyak menghabiskan masa dengan qaiyum..padahal aku ni kawan baik dia dari tingkatan satu lagi..entah mengapa aku mengundurkan diri..aku menjauhkan diri dari ikram..pergi ke sekolah dan balik ke sekolah pun tidak sama lagi..aku melarikan diri dari dirinya..sebab aku mudah emosi..aku tahu ikram tertanya perubahan drastik aku ini..akhirnya aku kembali berkawan dengan ikram apabila di tingkatan 5..
                Saat inilah konflik yang berlaku antara aku dan hir..aku tidak dapat menerima yang dia buat kepadaku..perasaanku mengatkan hir tidak memerlukan aku lagi..aku mula hidup dalam dunia aku sendiri..suka bersendirian tanpa interaksi..masaku banyak aku habiskan dengan laptop aku..seperti perasaan aku yang menghasut aku untuk memulaukan rakan serumahku..padahal mereka tidak bersalah..dalam kekalutan jiwa, aku mudah bercakap bersendirian..seperti ada orang disamping diriku ini..tiba-tiba mengalami kemurungan..sehingga aku ingin menorah pergelangan tangan kiriku..
Eizanie dan aku adalah satu..dia muncul dalam diriku..tika aku keseorangan..tika aku bersendirian..kekalutan jiwa membuatkan minda aku sakit..seperti aku berinteraksi dengannya..jiwa aku makin kacau tanpa arah tujuan..aku semakin tertekan..eizanie bermula sewaktu aku semester 2..aku mengalami tekanan yang melampau..aku tidak pandai untuk meluahkan perasaan..kebanyakkan aku simpan didalam hatiku sendiri..aku tension dengan hidup aku..aku tension dengan orang yang busy body pasal diri aku..pada waktu yang sama aku mendapat berita bapa aku masuk wad..sungguh sedih waktu itu..hendakku pulang masa tidak mengizinkan..pada waktu itu aku suka bersendirian..cakap sorang sehingga aku terfikir untuk mati..banyak percubaan aku lakukan..namun aku tidak pasti adakah ini diriku kerana seperti ada suara yang menghasut aku melakukannya..dan suara itu aku panggil eizanie..dia selalu hadir dalam mindaku..
                Aku berbincangan hir..aku bertanya kepada dia..apakah kesalahan diriku ini..mungkin aku dapat menghubah sikap aku ini..Hir berkata..”Fizz, kau tidak bergaul dengan rakan serumah kita”..aku mengakui kata-kata hir..silap diri aku sendiri kerana tidak pandai berinteraksi dengan orang lain..aku membalas kepada hir..”aku akan cuba bergaul dengan mereka”..akhirnya aku cuba untuk lepak bersama dengan rakan serumahku yang lain..
                Satu masa secara tiba-tiba aku merasakan perut mengalami kesakitan yang melampau..aku terlewat makan pada waktunya..pada tersebut ikmal tidak sihat dan batuk-batuk..aku menagung kesakitan dalam bilik..Hir masuk kebilik dan mengajak aku makan..aku mendiamkan seribu bahasa..aku tidak memberitahu perihal ini..kesemua rakan serumahku keluar untuk makan malam..aku menguatkan semangat aku untuk meredah belukar dan curang demi untuk pergi ke klinik..aku tidak suka meminta pertolongan orang..aku lebih bedikari..dalam kegelapan malam banyak kali aku ingin rebah di jalanan..namun semangat aku kuat untuk melalui kawasan itu..suara hatiku mula menghasut minda..Hir nampak aku sedang mengalami kesakitan..mengapa dia tidak bertanya..dalam fikiranku..sampai hati sungguh hir membuat aku begini..namun bila difikir balik aku sendiri tidak memberitahu..inilah silap aku..
                Keesokan harinya..aku seperti sedia kala..aku keluar berseorangan tanpa teman..aku dudk di pusat computer berjam-jam lamanya..namun secara tidak semena, aku merasakan diri aku terlampau berat..aku mengambil keputusan untuk pulang..pada waktu yang sama aku menelefon kakak..sempat aku berborak..apabila sampai di pintu bilikku..aku tidak dapat menahan..akhirnya aku rebah didalam bilik..aku tedengar suara rakan serumahku..namun mataku tidak dapat celik juga..aku dengar apa yang mereka katakan..aku dengar mereka memanggil aku untuk bangun..akhirnya aku terasa badan aku di angkat…sedar-sedar aku sudah berada di hospital..
Akhirnya aku kembali bersama kepada mereka..banyak kali juga aku pengsan dalam tempoh beberapa minggu sebelum cuti tahun baru cina..cuti tahu baru cina adalah masa untuk aku berubat secara tradisional atau islam..namun aku tidak dapat berubat dengan ustaz di daerahku itu..kerana ustaz tersebut rebah juga pada waktu yang ditunggu..akhirnya aku dibawa oleh pak cik aku untuk berubat di daerah pontian..semasa proses berubat tersebut..aku merasakan sesuatu bagai hendak keluar dari tubuhku..sungguh sakit sekali..akhirnya ia keluar..pak imam tersebut bepesan supaya banyak membaca suroh..namun aku terlalu alpa..nasihat aku buang entah kemana..akhirnya kembali dirasuk sekali lagi..
                Waw..projek ini sungguh memenatkan diri aku..aku terpaksa pergi ke bebrapa tempat..ahli kumpulan aku tidak bersatu..ohh tidak..sukarnya untuk menjadi orang tengah..demi projek kumpulan sendiri aku terpaksa juga walaupun jiwa ini terasa tertekan..mengapalah mereka tidak mahu berinteraksi sesame sendiri..sedangkan aku mempunyai masalah..konflik jiwa aku sendiri dan sakit yang aku alami..mengapa salah seorang tidak mengerti..namun itu jalan aku pilih..aku tidak boleh salahkan sesiapa..semua salah aku sendiri kerana tidak memberitahu mereka apa yang aku rasa..minggu depan pula minggu untuk bentang projek tersebut..hatiku begitu lega..akhirnya tidak terikat dengan mereka..ring…ring..ring..telefonku berbunyi..angah pulang ke kampung..ayah masuk wad..nasib baiklah minggu depan kelas sudah kurang dan lusa pula hari sabtu..dapat aku pulang ke kampung..namun aku mendapat pekara yang menyakitkan hati..bagai hati di robek pilu..menanggung cerita yang didengar..siapa punya angkara penabur fitnah..walaupun aku tidak kuat iman, namun isu agama aku titikberatkan..masih ada batas dalam perhubungan lelaki dan perempuan…ikutkan perasaan malam ini juga aku ingin pulang..namun jam menjadi penghalang..sekarang puku 12 tengahmalam..aku berfikir keesokkan hari aku perlu cabut dari pengetahuan rakan rumahku ini..
“Emak, angah rasa malas hendak balik ke sana”..”mengapa angah”, Tanya emak kepadaku..”entahlah emak, sungguh berat hati ini, pelbagai masalah melanda jiwa”..hmm berkata kepadaku..”sabar angah..banyakkan solat, solat tulah menjaga kita nanti”..aku tersenyum kelat kerana kata=kata emak itu tidak aku lakukan..apabila aku berasa perlu barulah aku berhadapan kepada maha esa..sungguh berdosa diriku ini kepada maha pencipta…
                Minggu peperiksaan akhir sudah bermula..aku sering sakit dan pengsan..tiap-tiap hari aku mengadu kepada emak..pada satu tahap emak menelefon aku supaya berhenti pengajian dan pulang ke kampung..aku tidak mahu berbuat demikian..kerana inilah satunya harapan dalam impianku..aku berkata emak..”angah akan bertahan sehingga kertas yang terakhir”..minggu ini jugalah aku berbincang dengan hir untuk kali terakhir dalam semester ini..aku akui memang silap dan salahku..aku yang memilih jalan sebegitu rupa..hari yang aku tunggu sudah semakin dekat..hari ini juga aku pulang ke kampung halaman..aku tidak tahan untuk menanggung kesakitan yang ada..sebelum aku pulang banyak pekara yang perlu aku selesaikan..duit rumah sewa dean sebagainya..seseorang berkata kepada ku sebelum aku pulang..kita harus belajar memperbaiki hubungan..namun aku tidak sesekali memnadang wajah mereka berdua..aku berlalu pergi begiti saja..namun hatiku sedih..mengapa aku berbuat demikian..mereka terlalu baik kepadaku..merekalah menjaga aku semasa aku sakit dan pengsan..aku berfikir adakah ini hidupku suka hidup dalam dunia sendiri..
Keputusan peperiksaan akhir telah keluar..ini bermakna seminggu lagi aku akan balik ke tempat pengajian..sungguh duka cita rasanya..pointer aku membuatkan hati aku terasa sayu..namun Alhamdulillah aku lulus semua subjek..nasib baik tidak mengulangi mana-mana subjek..namun hati aku berbelah bahagi untuk pulang ke tempat pengajian..adakah peristiwa lalu menghantui diriku??pelbagai persoalan..aku masih tertnya..mampukah hubungan aku dengan mereka semua akan seperti dulu lagi..tidurku makin tidak lena..esok aku perlu pulang untuk menuntut ilmu..akhirnya samapai di muka pintu..perasaan berdebar terasa di hati..aku melihat mereka dan bersalaman kepada semua..namun aku masih berada dalam konflik diri..begitu sukar untuk menerima kenyataan..aku makin teperuk dalam bilikku sendiri..tanpa interaksi dengan sesiapa..
                Disinilah aku berdiri untuk menuntut ilmu yang ada..namun hatiku sedih sekali..semua meninggalkan diriku..semua ini silapku..aku tidak pandai mengawal emosi..akhirnya perhubungan seperti terhenti..aku diam membisu..tanpa untuk berkata apa-apa..aku rindukan diriku yang ceria..rindukan perhubungan..rindukan semua teman yang aku ada..namun sikap ego kian menebal..bagaimana untuk mengucapkan tanda ucapan maaf..aku tidak boleh mengeluarkan ungkapan maaf secara terbuka..mulutku seperti dikunci..dan aku mula berkata besendirian..eizanie lepaskan diriku..kembalikan diriku dan keluarlah dari hidupku..kerana engkau terdapat dalam jiwaku ini..perhubungan kian bergolak..sering aku berfikir adakah ini hidupku..aku masih tercari-cari identiti hidupku ini…

-EiMan-
5.00 p.m.
11 Julai 2010..

Jurnal Sahabat Cinta

Hai kawan-kawan semua. Sambungan Sahabat Cinta tidak akan dikeluarkan buat masa ini. Maklumlah Eiman sibuk sangat dengan aktiviti lain. Harap Kalian Sabar Menunggu Sambungan Sahabat Cinta Bab 5 menanti..salam sayang dari Eiman...

SAHABAT CINTA. -BAB 4-

Vroom..vroom..kedengaran bunyi motorsikal di hadapan rumah. Aiman segera keluar dari biliknya untuk melihat siapa yang dating kerumahnya. Kelihatan motorsikal posman baru sahaja keluar dari pekarangan rumahnya itu. Aiman segera keluar dan melihat di peti surat agar mengetahui surat-surat yang baru diterima.

Terdapat empat pucuk surat baru sahaja di hantar oleh posman. Salah satu daripada surat tersebut menunjukkna nama Aiman. Aiman membuka surat tersebut dan kelihatan buku panduan pendaftaran politeknik johor bahru dan surat tawaran pengajian.

“Aiman! Aiman!” Teriakan suara emak berkumandang. Aiman segera kearah emaknya.

“Mak, ini surat tawaran politeknik sudah sampai. Kandungan surat ini menyuruh Aiman untuk mendaftar pengajian pada 14 januari ni mak”.

“Owhh..nasib baik lah 14 januari, ayah engkau ada masa untuk menghantar lagi”. Emak membalas.

Pak Latif  sekeluarga merancang untuk pergi melancong bersama mak limah dan anak-anaknya. Segala urusan pembelian tiket kapal terbang sudah di tempah tiga bulan awal. Pak Latif tidak membeli tiket untuk Aiman sekali kerana di beranggapan bahawa anaknya itu akan menyambung pengajian dalam masa terdekat. Mereka akan bertolak pada 16 januari itu pergi ke Bintulu Sarawak.

            Aiman diberi masa tiga minggu untuk menguruskan hal berkaitan dia sambung belajar. Tiga minggu itu jugalah dia menyelesaikan segala urusan yang berkaitan. Aiman merancang urusan yang dengan teliti sekali agar tidak berlaku sebarang masalah.

            Minggu yang pertama aiman menyelesaikan pekara yang berkaitan dengan laporan kesihatan. Aiman membuat keputusan untuk menjalani pemeriksaan di klinik swasta.

“Adik, daftar pengajian bila?”

“Saya daftar pada 8 julai ini”.

“Mengapa adik tidak datang awal-awal untuk menjalani pemeriksaan kesihatan”.

“Nak buat macam mana encik, surat baru sahaja datang dua hari lepas”.

“Tidak mengapalah adik, saya ambil surat ini. Dua hari lagi adik datang lagi. Saya akan mengambil darah adik, air kencing dan x-ray sekali”.

“baiklah encik”.

            Aiman tersentak dari lamunannya. Dia sudah berada di kaunter pertanyaan klinik swasta tersebut. Aiman bertanya kepada pekerja di klinik swasta tersebut untuk memastikan terdapat kemudahan untuk membuat laporan kesihatan.

“Akak, disini boleh membuat medical check up?”

“Boleh encik”.  Balas pekerja klinik swasta tersebut.

“Saya hendak membuat pemeriksaan kesihatan untuk urusan sambung belajar. Berapa bayaran yang perlu dibayar?”.

“RM50 sahaja, encik berikan kad pengenalan encik dan borang medical check up dari pihak kolej kepada saya”.

“Ini dia kak”. Balas aiman.

Aiman menunggu namanya dipanggil semula oleh pekerja di klinik tersebut. Urusan pendaftaran telah diselesaikan oleh pekerja klinik tersebut dan memnaggil aiman.

“Encik tunggu sebentar, nanti kami akan memanggil nama encik”.

Aiman tidak henti-henti melihat jam di telefon bimbitnya itu. Dia berfikir bilakah namanya akan dipanggil oleh pihak klinik tersebut.

“ Muhammad Aiman Hanif”. Kelihatan seorang pekerja klinik tersebut memanggil nama aiman.

“Ya saya”. Aiman membalas.

“Encik, mari ikut saya. Saya akan x-ray badan encik”.

Aiman segera mengikut pekerja tersebut. Dia diminta untuk masuk kedalam sebuah bilik dan disuruh oleh pekerja tersebut membuka baju. Pekerja tesebut memulakan tugasnya. Seteklah selesai aiman diminta keluar dan menunggu untuk berjumpa dengan doktor. Aiman segera memakai semula bajunya dan terus keluar dari bilik tersebut. Dia menunggu doktor  untuk berjumpa dengannya.

Setelah 10 minit dia menunggu akhirnya dia diminta untuk masuk ke bilik doktor. Doktor tersebut mengisi borang pengesahan laporan kesihatan. Dia bertanya serba sedikit kepada aiman. Setelah selesai aiman segera pulang.

OOo..bulan…kedengaran bunyi telefon aiman berbunyi. Tepapar nombor si pemanggil di telefon bimbitnya itu. Pihak kedai serbaneka menelefonnya agar aiman segera masuk untuk bekerja kerana terdapat rakan sekerjanya mengambil cuti pada hari tersebut. Aiman meminta untuk masuk pada jam 7 malam. Ini bermakna aiman terpaksa bekerja begitu awal dan jumlah bekerja itu 12 jam.

“Hmmm…ada-ada sahajalah budak-budak ni. Tak boleh aku senang”. Aiman merunggut sendirian. Dia beranggapan rakan sekerjanya itu ingin menyusahkan dia. Aiman berkata di dalam hati.

“Nampak gaya, aku kena tulis dalam buku komunikasi nanti agar jangan mengganggu aku pada waktu ini”.

            Didalam fikiran aiman terdapat kata-kata yang bakal dia luahkan nanti dalam buku komunikasi. Buku komunikasi digunakan pihak kedai serbaneka 24 jam yang di bekerja untuk menyampaikan segala pesanan, apa yang mereka lakukan. Ia begitu penting sekali. Setiap kali masuk kerja, pekerja kedai serbaneka tersebut perlu membacanya terlebih dahulu agar mengetahui apa yang berlaku pada shift sebelumnya.

            Aiman menyusun ayat-ayat yang hendak digunakan didalam buku komunikasi pekerja. Pelbagai ayat sudah difikirkan untuk memberitahu kakitangan kedai serbaneka tersebut agar tidak mengganggu dalam jangkamasa tersebut. Di  dalam buku tersebut dia memulakan bicara dengan memberitahu keadaan kedai terlebih dahulu dan pekara yang berlaku pada shiftnya.

“Kepada kakitangan yang lain dan pengurus kedai, aiman mohon maaf kerana pada waktu sekarang aiman tidak boleh mengantikan sesiapa jika terdapat kakitangan yang lain tidak hadirkan diri. Aiman perlu menguruskan sesuatu. Segala kesulitan amat aiman kesali”. Begitulah ayat puitis yang diutarakan oleh aiman.

Dalam jangka masa tersebut kakitangan kedai serbaneka tidak mengganggu Aiman. Aiman merancang untuk membuat pembayaran yuran pengajian di Bank. Terdapat dua jenis yuran yang pelu dijelaskan oleh Aiman iaitu yuran pengajian dan yuran jabatan.

            Aiman membuat pembayaran yuran jabatan terlebih dahulu di Bank Islam. Yuran ini perlu dijelaskan terlebih dahulu atas nama Koperasi PJB Sdn  Bhd.  Setelah selesai membuat pembayaran yuran jabatan di Bank Islam,  Aiman menuju ke Bank Simpanan Nasional untuk menjelaskan pembayaran yuran pengajian. Yuran pengajian tidak begitu mahal sekali. Hanya RM200 untuk pelajar yang tidak mendapat tawaran asrama untuk satu semester dan RM260 pula dikenakan kepada pelajar yang layak menduduki asrama. Aiman membayar yuran pengajian tersebut.



*bersambung....*

SAHABAT CINTA. -BAB 3-

Vroom…vrooommm…tiba hari untuk Aiman pergi ke Politeknik Sultan Iris Shah. Perjalanan dari kediaman Aiman di Banting mengambil masa 3 jam ke Sabak Bernam. Walaupun perjalanan tersebut begitu jauh dan meletihkan Aiman terpaksa juga pergi kesana agar dia dapat menggunakan transkrip akademik bagi urusan pendaftaran nanti di Politeknik Johor Bahru.

Aiman pergi kesana dengan menunggang motorsikal miliknya. Dia bergerak dari rumahnya seawall 8.00 pagi agar urusan pengambilan transkrip akademik boleh diambil seawall mungkin. Aiman merancang perjalanan dengan begitu teliti sekali agar dapat mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Dalam perjalanan tersebut Aiman sempat melihat panorama keindahan alam yang begitu cantik sekali. Dia juga sempat berkhayal dan mengingati zaman sewaktu dia belajar dulu di Politeknik Sultan Idris Shah.

“Nasib baiklah Shaz menghantar pesanan ringkas kat aku, ada juga kawan untuk mengambil transkrip nanti”.

            Bip..Bip..Bip..handphone Aiman berbunyi menandakan pesanan ringkas baru saja masuk. Shaz baru menghantar pesanan ringkas kepada Aiman. Kandungan pesanan ringkas tersebut menyatakan bahawa Shaz mengajak Aiman untuk mengambil transkrip akademik. Aiman segera membalas pesanan ringkas kepada Shaz bagi menyatakan persetujuannya untuk mengambil transkrip akademik bersama-sama. Mereka menetapkan hari dan tarikh penentuan.

            Padi menghijau di kawasan Tanjung Karang hingga ke Sekinchan. Hati Aiman begitu tenang sekali melihat pokok padi tumbuh dengan menghijau. Di sebalah jalan kelihatan beberapa gerai menjual buah-buahan dan produk asas tani di kawasan tersebut. Jalan raya yang begitu lengang sekali memudahkan perjalanan kerana had kelajaun yang dibenarkan hanya 60 km sahaja. Kemalangan jarang kelihatan di bahu jalan tersebut.

            Aiman mula teringat sewaktu di belajar di Politeknik tersebut sewaktu di semester empat. Waktu itu di kerap balik ke kampung dan jalan ini merupakan jalan yang digunakan setiap kali pulang ke hostel.

            Pekan Sungai Besar sudah kelihatan. Maka Aiman mengambil keputusan untuk berhenti seketika di situ. Pekan itu merupakan tempat Aiman lepak pada hujung minggu semasa belajar di Politeknik Sultan Idris Shah. Pekan Sungai Besar memang sesuai untuk membeli belah. Keperluan dan barangan yang dijual di sana sangat berpatutan terutama kain pasang yang dijual untuk membuat pakaian. Kain pasang tersebut cantik-cantik belaka sekali dijual di sana.

            Aiman sempat melihat jam di telefon bimbitnya. Di terfikir dimana lokasi Shaz dan segera menghantar pesanan ringkas kepada Shaz.
“Shaz, engkau dimana? Aku sudah berada di Sungai Besar”.

Bip..bip..bip..Shaz membalas pesanan ringkas kepada Aiman. “Aku masih dalam perjalanan lagi, baru sahaja melepasi sekinchan”.

            “Owhh..macam ini lambat lagi Shaz sampai. Baik aku lepak di sini dahulu dan makan sekali. Lagi pun perut sudah berbunyi”. Aiman segera ke Air Buah Gelas Besar untuk mengisi perutnya yang sedang bekeroncong bagai irama tekno.

            Sampai saja di kedai tersebut di terus memesan makan dan minuman kepada pelyan kedai tersebut. Nasi goreng ayam dan milo ais menjadi pilihannya. Sewaktu dahulu tempat inilah menjadi tempat lepak antara dia dan kawan-kawan.

“Eh..mari kita lawan minum nak. Seorang kena abiskan air buah gelas besar ni. Siapa berani?” Fariz bertanyakan kepada Aiman,Fuad,Fitri dan Naim.

            Kami semua bersetuju untuk berlawan menghabiskan air buah gelas besar tersebut. Ada yang meminum jus oren, jus mangga, jus buah naga dan jus kiwi. Perlawanan bermula dan masing-masing menjadi pengadil untuk satu sama lain. Walaupun kami berlawan untuk menghabiskan air,kami sempat juga untuk merasa air satu sama lain.

Maka tiadalah siapa yang menang atau siapa yang kalah kerana masing-masing dapat menghabiskan air buah gelas besar tersebut. Ini membuktikan setiap daripada kami mampu menghabiskan air yang sebanyak satu liter banyaknya. Akhirnya kami semua berasa kekenyang yang tidak terhingga keran perut begitu sendat di penuhi air dan makan.

Bip..bip..bip..Aiman tersentak dari lamunannya. Tepampar di skrin telefon bimbit menyatakan satu pesanan ringkas baru sahaja diterima. Aiman segeran membuka pesanan ringkas tersebut.

“Aiman, kami sudah sampai di Sungai Besar, engkau geraklah cepat ke politeknik”.

Aiman segera membalas pesanan ringkas tersebut. Dia hanya membalas “Okey, aku akan ke sana”.

            Didalam perjalannan ke Politeknik, Aiman banyak berfikir apa yang di akan buat selepas mengambil transkrip akademik. Di dalam perancangannya dia ingin untuk singgah ke tepi pantai yang menjadi tempat pelajar politeknik melepak setiap petang.

“Kami??? Siapa lagi yang dating mengambil transkrip akademik selain aku dan Shaz”.

            Pada mulanya Aiman beranggapan hanya Shaz sahaja yang akan mengambil transkrip akademik dengannya. Dia berasa hairan mengapa shaz menggunakan perkataan kami. Aiman juga beranggapan bahawa Shaz dating ke sabak bernam dengan menaiki bas. Dia semakin hairan.

            Aiman sampai di pekarangan politeknik pada jam 11.00 pagi. Dia terus meletakkan motorsikal miliknya dan memberitahu kepada pihak pengawal keselamatan yang sedang berkawal mengenai perihal kedatangannya pada hari itu. Aiman segera menuju ke café pendatbiran untuk menunggu Shaz. Dia segera menghanatr pesanan ringkas dan memberitahu bahawa dia sudah berada di situ.

            Shaz segera membalas pesanan Aiman dan menyuruh dia menuggu seketika. Akhirnya kelihatan Shaz sedang berjalan berempat bersama dengan orang-orang yang dikenali Aiman. Kelihatan Aira, Sheila dan Effa. Mereka semua menghampiri Aiman dan bertegur sapa.

“Owhh rupanya mereka semua ni. Aku ingat kami tu siapa lah tadi”. Aiman berkata kepada kawan-kawannya.

            Effa mengajak kami semua pergi ke pejabat unit peperiksaan untuk mengambil transkrip akademik. Maka mereka semua segera bergerak ke pejabat unit peperiksaan yang tidak begitu jauh dengan café pentadbiran. Aiman segera masuk dan meberi salam kepada kerani yang ada di pejabat itu. Kerani tersebut bertanya mengenai kedatangan Aiman dan kawan-kawannya dan Aiman segera memberitahu. Kerani tersebut menyuruh mereka menunggu selama setengah jam kerana pegawai yang menguruskan hal berkitan pengambilan transkrip tidak berada didalam pejabat. Maka Aiman dan Kawan-kawannya segera keluar dang menunggu.

Didalam masa menunggu mereka semua berbual kosong, bertanya khabar dan bertukar cerita. Effa memberitahu kawan-kawan lain yang mendapat tawaran untuk sambung belajar. Antaranya Jessy, Kavitha, Sarah dan Fahim dan lokasi tempat tawaran pengajian mereka.

            Setelah setengah jam berlalu maka mereka segera ke pejabat unit peperiksaan. Terdapat seorang pegawai di situ dan bertanyakan kepada mereka. Pegawai itu memberitahu kepada mereka mengenai prosuder untuk mengambil transkrip akademik. Setiap pelajar yang tamat pengajian ingin mengambil transkrip perlu mengemukan surat. Akhirnya kami dimarahi kerana tidak memberi surat tersebut. Akhirnya mengikut budi bicara pegawai tersebut mereka dibenarkan mengambil transkip akademik dengan syarat menulis surat disitu. Akhirnya transkrip akademik dikeluarkan.

            Sheila mencadangkan agar mereka berjumpa dengan pensyarah jabatan hospitaliti sebelum mereka pulang. Semua bersetuju dengan Sheila. Maka mereka segera pergi ke jabatan hospitaliti dan berjumpa dengan pensyarah yang rapat dengan mereka semua. Antaranya ialah Encik Sham dan Encik Shazwan. Pensyarah tersebut menasihati mereka agar belajar rajin-rajin dan menjaga nama baik diri sendiri,keluarga dan politeknik. Disebabkan Encik Sham dan Encik Shazwan mempunyai kelas pada waktu petang, pertemuan mereka begiti singkat. Dengan itu Aiman dan kawan-kawannya segera untuk bergerak pulang.

            Aiman menyapa kawan-kawannya dan mengucapkan selamat tinggal. Untuk Shaz dan Aira, aiman berkata kepada mereka berdua agar berjumpa lagi dan untuk Sheila dan Effa, aiman berkata jumpa di Politeknik Johor Bahru. Mereka pun bergerak untuk meneruskan perjalanan.

            Aiman sempat singgah di pantai bagan nakhoda omar. Disitu kelihatan pelajar politeknik dating untuk melepak. Rata-ratanya mereka berpakaian baju polibriged. Aiman beranggapan pelajar tersebut kebanyakkan semester satu.

            Udara di Pantai Bagan Nakhoda Omar begitu segar sekali. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup. Aiamn menikmatinya dengan nyaman sekali. Di sempat bermain air laut di situ dan melihat umang-umang dan ikan belacak yang sedang bermain di pesisir pantai tersebut. Aiman merehatkan dirinya sebentar di suatu pondok untuk melepaskan penat semasa menunggang motosikal. Nasib baik pada hari itu Aiman cuti rehat. Kelihatan penjaja berada disitu dan pekerja restoran sedang melayan tetamunya yang terdiri dari pelajar politeknik. Gerai tersebut terkenal dengan mee udang yang begitu lazat.

            Setelah Aiman cukup rehat, dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya ke banting. Perjalanan itu juga mengambil masa 3 jam juga. Aiman begitu gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawanya.


*bersambung....*