My Blog List

Saturday 5 March 2011

SAHABAT CINTA. -BAB 3-

Vroom…vrooommm…tiba hari untuk Aiman pergi ke Politeknik Sultan Iris Shah. Perjalanan dari kediaman Aiman di Banting mengambil masa 3 jam ke Sabak Bernam. Walaupun perjalanan tersebut begitu jauh dan meletihkan Aiman terpaksa juga pergi kesana agar dia dapat menggunakan transkrip akademik bagi urusan pendaftaran nanti di Politeknik Johor Bahru.

Aiman pergi kesana dengan menunggang motorsikal miliknya. Dia bergerak dari rumahnya seawall 8.00 pagi agar urusan pengambilan transkrip akademik boleh diambil seawall mungkin. Aiman merancang perjalanan dengan begitu teliti sekali agar dapat mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Dalam perjalanan tersebut Aiman sempat melihat panorama keindahan alam yang begitu cantik sekali. Dia juga sempat berkhayal dan mengingati zaman sewaktu dia belajar dulu di Politeknik Sultan Idris Shah.

“Nasib baiklah Shaz menghantar pesanan ringkas kat aku, ada juga kawan untuk mengambil transkrip nanti”.

            Bip..Bip..Bip..handphone Aiman berbunyi menandakan pesanan ringkas baru saja masuk. Shaz baru menghantar pesanan ringkas kepada Aiman. Kandungan pesanan ringkas tersebut menyatakan bahawa Shaz mengajak Aiman untuk mengambil transkrip akademik. Aiman segera membalas pesanan ringkas kepada Shaz bagi menyatakan persetujuannya untuk mengambil transkrip akademik bersama-sama. Mereka menetapkan hari dan tarikh penentuan.

            Padi menghijau di kawasan Tanjung Karang hingga ke Sekinchan. Hati Aiman begitu tenang sekali melihat pokok padi tumbuh dengan menghijau. Di sebalah jalan kelihatan beberapa gerai menjual buah-buahan dan produk asas tani di kawasan tersebut. Jalan raya yang begitu lengang sekali memudahkan perjalanan kerana had kelajaun yang dibenarkan hanya 60 km sahaja. Kemalangan jarang kelihatan di bahu jalan tersebut.

            Aiman mula teringat sewaktu di belajar di Politeknik tersebut sewaktu di semester empat. Waktu itu di kerap balik ke kampung dan jalan ini merupakan jalan yang digunakan setiap kali pulang ke hostel.

            Pekan Sungai Besar sudah kelihatan. Maka Aiman mengambil keputusan untuk berhenti seketika di situ. Pekan itu merupakan tempat Aiman lepak pada hujung minggu semasa belajar di Politeknik Sultan Idris Shah. Pekan Sungai Besar memang sesuai untuk membeli belah. Keperluan dan barangan yang dijual di sana sangat berpatutan terutama kain pasang yang dijual untuk membuat pakaian. Kain pasang tersebut cantik-cantik belaka sekali dijual di sana.

            Aiman sempat melihat jam di telefon bimbitnya. Di terfikir dimana lokasi Shaz dan segera menghantar pesanan ringkas kepada Shaz.
“Shaz, engkau dimana? Aku sudah berada di Sungai Besar”.

Bip..bip..bip..Shaz membalas pesanan ringkas kepada Aiman. “Aku masih dalam perjalanan lagi, baru sahaja melepasi sekinchan”.

            “Owhh..macam ini lambat lagi Shaz sampai. Baik aku lepak di sini dahulu dan makan sekali. Lagi pun perut sudah berbunyi”. Aiman segera ke Air Buah Gelas Besar untuk mengisi perutnya yang sedang bekeroncong bagai irama tekno.

            Sampai saja di kedai tersebut di terus memesan makan dan minuman kepada pelyan kedai tersebut. Nasi goreng ayam dan milo ais menjadi pilihannya. Sewaktu dahulu tempat inilah menjadi tempat lepak antara dia dan kawan-kawan.

“Eh..mari kita lawan minum nak. Seorang kena abiskan air buah gelas besar ni. Siapa berani?” Fariz bertanyakan kepada Aiman,Fuad,Fitri dan Naim.

            Kami semua bersetuju untuk berlawan menghabiskan air buah gelas besar tersebut. Ada yang meminum jus oren, jus mangga, jus buah naga dan jus kiwi. Perlawanan bermula dan masing-masing menjadi pengadil untuk satu sama lain. Walaupun kami berlawan untuk menghabiskan air,kami sempat juga untuk merasa air satu sama lain.

Maka tiadalah siapa yang menang atau siapa yang kalah kerana masing-masing dapat menghabiskan air buah gelas besar tersebut. Ini membuktikan setiap daripada kami mampu menghabiskan air yang sebanyak satu liter banyaknya. Akhirnya kami semua berasa kekenyang yang tidak terhingga keran perut begitu sendat di penuhi air dan makan.

Bip..bip..bip..Aiman tersentak dari lamunannya. Tepampar di skrin telefon bimbit menyatakan satu pesanan ringkas baru sahaja diterima. Aiman segeran membuka pesanan ringkas tersebut.

“Aiman, kami sudah sampai di Sungai Besar, engkau geraklah cepat ke politeknik”.

Aiman segera membalas pesanan ringkas tersebut. Dia hanya membalas “Okey, aku akan ke sana”.

            Didalam perjalannan ke Politeknik, Aiman banyak berfikir apa yang di akan buat selepas mengambil transkrip akademik. Di dalam perancangannya dia ingin untuk singgah ke tepi pantai yang menjadi tempat pelajar politeknik melepak setiap petang.

“Kami??? Siapa lagi yang dating mengambil transkrip akademik selain aku dan Shaz”.

            Pada mulanya Aiman beranggapan hanya Shaz sahaja yang akan mengambil transkrip akademik dengannya. Dia berasa hairan mengapa shaz menggunakan perkataan kami. Aiman juga beranggapan bahawa Shaz dating ke sabak bernam dengan menaiki bas. Dia semakin hairan.

            Aiman sampai di pekarangan politeknik pada jam 11.00 pagi. Dia terus meletakkan motorsikal miliknya dan memberitahu kepada pihak pengawal keselamatan yang sedang berkawal mengenai perihal kedatangannya pada hari itu. Aiman segera menuju ke café pendatbiran untuk menunggu Shaz. Dia segera menghanatr pesanan ringkas dan memberitahu bahawa dia sudah berada di situ.

            Shaz segera membalas pesanan Aiman dan menyuruh dia menuggu seketika. Akhirnya kelihatan Shaz sedang berjalan berempat bersama dengan orang-orang yang dikenali Aiman. Kelihatan Aira, Sheila dan Effa. Mereka semua menghampiri Aiman dan bertegur sapa.

“Owhh rupanya mereka semua ni. Aku ingat kami tu siapa lah tadi”. Aiman berkata kepada kawan-kawannya.

            Effa mengajak kami semua pergi ke pejabat unit peperiksaan untuk mengambil transkrip akademik. Maka mereka semua segera bergerak ke pejabat unit peperiksaan yang tidak begitu jauh dengan café pentadbiran. Aiman segera masuk dan meberi salam kepada kerani yang ada di pejabat itu. Kerani tersebut bertanya mengenai kedatangan Aiman dan kawan-kawannya dan Aiman segera memberitahu. Kerani tersebut menyuruh mereka menunggu selama setengah jam kerana pegawai yang menguruskan hal berkitan pengambilan transkrip tidak berada didalam pejabat. Maka Aiman dan Kawan-kawannya segera keluar dang menunggu.

Didalam masa menunggu mereka semua berbual kosong, bertanya khabar dan bertukar cerita. Effa memberitahu kawan-kawan lain yang mendapat tawaran untuk sambung belajar. Antaranya Jessy, Kavitha, Sarah dan Fahim dan lokasi tempat tawaran pengajian mereka.

            Setelah setengah jam berlalu maka mereka segera ke pejabat unit peperiksaan. Terdapat seorang pegawai di situ dan bertanyakan kepada mereka. Pegawai itu memberitahu kepada mereka mengenai prosuder untuk mengambil transkrip akademik. Setiap pelajar yang tamat pengajian ingin mengambil transkrip perlu mengemukan surat. Akhirnya kami dimarahi kerana tidak memberi surat tersebut. Akhirnya mengikut budi bicara pegawai tersebut mereka dibenarkan mengambil transkip akademik dengan syarat menulis surat disitu. Akhirnya transkrip akademik dikeluarkan.

            Sheila mencadangkan agar mereka berjumpa dengan pensyarah jabatan hospitaliti sebelum mereka pulang. Semua bersetuju dengan Sheila. Maka mereka segera pergi ke jabatan hospitaliti dan berjumpa dengan pensyarah yang rapat dengan mereka semua. Antaranya ialah Encik Sham dan Encik Shazwan. Pensyarah tersebut menasihati mereka agar belajar rajin-rajin dan menjaga nama baik diri sendiri,keluarga dan politeknik. Disebabkan Encik Sham dan Encik Shazwan mempunyai kelas pada waktu petang, pertemuan mereka begiti singkat. Dengan itu Aiman dan kawan-kawannya segera untuk bergerak pulang.

            Aiman menyapa kawan-kawannya dan mengucapkan selamat tinggal. Untuk Shaz dan Aira, aiman berkata kepada mereka berdua agar berjumpa lagi dan untuk Sheila dan Effa, aiman berkata jumpa di Politeknik Johor Bahru. Mereka pun bergerak untuk meneruskan perjalanan.

            Aiman sempat singgah di pantai bagan nakhoda omar. Disitu kelihatan pelajar politeknik dating untuk melepak. Rata-ratanya mereka berpakaian baju polibriged. Aiman beranggapan pelajar tersebut kebanyakkan semester satu.

            Udara di Pantai Bagan Nakhoda Omar begitu segar sekali. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup. Aiamn menikmatinya dengan nyaman sekali. Di sempat bermain air laut di situ dan melihat umang-umang dan ikan belacak yang sedang bermain di pesisir pantai tersebut. Aiman merehatkan dirinya sebentar di suatu pondok untuk melepaskan penat semasa menunggang motosikal. Nasib baik pada hari itu Aiman cuti rehat. Kelihatan penjaja berada disitu dan pekerja restoran sedang melayan tetamunya yang terdiri dari pelajar politeknik. Gerai tersebut terkenal dengan mee udang yang begitu lazat.

            Setelah Aiman cukup rehat, dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya ke banting. Perjalanan itu juga mengambil masa 3 jam juga. Aiman begitu gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawanya.


*bersambung....*

No comments:

Post a Comment