My Blog List

Saturday 5 March 2011

SAHABAT CINTA. -BAB 1-

Bip..Bip..Bip.. kedengaran bunyi telefon bimbit berbunyi. Lalu Aiman mengambil telefon bimbit miliknya untuk melihat pesanan ringkas yang baru saja di terima. Di skrin telefon tersebut tepampar nama seseorang yang dikenalinya.

“Fuad?? Ada apa dia mahu dengan aku ni?” Lalu Aiman membuka pesanan yang baru saja di terima.  “Aiman! Hang sudah semak keputusan tawaran pengajian politeknik? Aku baru saja menyemak keputusan tawaran pengajian tersebut. Alhamdulillah aku dapat menyambung pengajian di Politeknik Johor Bahru”.

Aiman tidak membuang masa dan dia  membalas pesanan ringkas yang baru diterima dari Fuad tadi. “Fuad, aku belum menyemaknya lagi. Belum ada masa untuk pergi ke pusat Komputer. Nanti bila aku sudah mengetahui keputusan tawaran pengajian aku akan memberitahu kepada Hang”. Kemudian Aiman pun pergi ke Pusat Komputer untuk menyemak keputusan tawaran pengajian politeknik. Apabila sampai sahaja di pusat komputer, Aiman terus meluru ke kaunter pembayaran dan memberitahu komputer mana yang akan digunakannya.”Alhamdulillah, syukur Ya Allah..Akhirnya dapat juga aku menruskan pengajian. Politeknik Johor Bahru?? Bukankah Fuad dapat di tempat ini juga. Maknanya aku ada kawan”.

            Mak! Mak! Mak! Dimana emak ni? Hmmm..Tunggu sajalah emak pulang baru aku memberitahu berita gembira ini kepada emak.

Mak Limah baru saja pulang dari rumah jirannya di sebelah rumah. Dengan membawa seikat sayur-sayuran yang di beri oleh jirannya, Mak Limah mengambil bekas untuk menyiang sayur kangkung di atas sinki rumah.

Aiman terdengar bunyi deraian air yang jatuh diatas sinki. Tanpa disedari Emaknya, Aiman menuju kearah dapur dan menegur emaknya yang begitu khusyuk menyiang sayur di atas sinki.

“Emak! Bila emak balik? Puas Aiman mencari emak tadi. Aiman ada berita gembira yang ingin di sampaikan kepada emak.”

“Aiman! Emak baru saja balik dari rumah Nenek Siah tu. Tadi emak lihat kau keluar. Kau Pergi kemana Aiman? Apa berita gembira itu Aiman?”

“Aiman pergi ke pusat komputer mak”.

“Kau buat kesana Aiman. Kau pergi menyemak keputusan tawaran pengajian politeknik itu?”

“Ehh!! Mana emak tahu? Aiman pergi menyemak keputusan itulah emak. Syukur Alhamdulillah Aiman dapat sambung belajar lagi di Politeknik Johor Bahru. Tapi, Aiman ke pergi mengambil transkrip akademik dahulu ke Politeknik Sultan Idris Shah mak. Dengan Transkrip itu baru Aiman mendaftar pengajian ke politeknik Johor Bahru”.

“Alhamdulillah Aiman. Tapi engkau pasti nak pergi sambung belajar lagi ke nak? Bila engkau mahu kesana ambil Transkrip Akademik?”

“Emak kalau boleh sekarang juga Aiman akan bergerak kesana. Tapi Aiman perlu mengambil masa juga untuk menyiapkan diri. Politeknik Sultan Idris Shah bukannya dekat emak. Lagipula Aiman perlu menunggu hari cuti untuk menguruskan hal ini”.

            Jam menunjukkan pukul 2.00 petang, Aiman menyiapkan dirinya untuk pergi ke kerja di kedai serbaneka 24 jam. Dengan hati yang penuh kegembiraan Aiman melaksanakan tugasnya dengan tekun sekali. Didalam fikirannya hanya pekara yang dia akan sambung belajar dan kawan-kawan satu kelasnya dahulu di Politeknik Sultan Idris Shah yang akan sambung belajar lagi. “Siapa lagi agaknya dapat tawaran untuk menyambung pengajian selain aku dengan Fuad? Apa kata aku bertanya kepada kawan-kawanku yang lain. Mana tahu mereka dapat menyambung pengajian seperti aku”.

            Dengan tidak melengahkan masa, Aiman mengambil telefon bimbit di dalam poket seluarnya dan menghantar pesanan ringkas kepada kawan-kawannya yang lain. Mungkin aku boleh dapat maklumat dari yang lain.

            Bip..Bip..Bip..Fuad terdengar bunyi telefon bimbit miliknya. “Aiman!! Ini mesti ingin memberitahu kepada aku”  Fuad pun membuka pesanan ringkas yang baru sahaja diterimannya dari Aiman dan membaca pesanan tersebut.

            “Fuad!! Aku dapat sambung belajar lagi. Tempat yang sama dengan hang. Hang tahu siapa lagi kawan sekelas kita yang dapat sambung belajar lagi?.

Aiman..Aiman.. Hang ni mesti tidak tahu sesiapa kawan kita yang sambung belajar. Nanti sahaja aku membalas pesanan ringkas hang. Aku punya kredit tidak cukup hendak membalas.

            Puas Aiman menunggu pesanan ringkas dari Fuad. Dia tidak begitu sabar dan menghantar pesanan kepada temannya yang lain melalui telefon bimbit miliknya. Baik aku bertanya kepada Nuril dahulu.

“Assalamualaikum..Nuril aku baru sahaja menyemak keputusan tawaran pengajian politeknik. Aku dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik Johor Bahru. Engakau ada mohon untuk sambung pengajiankah?.

Bip..Bip..Bip.. Nuril menerima pesanan yang dihantar oleh Aiman. Nuril segera membalas pesanan tersebut. “Aiman, aku dapat sambung belajar juga di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin”. Aku gembira engkau dapat sambung belajar tapi lagi seronok jika kita dapat sambung belajar di tempat yang sama”.

“Syukurlah Nuril, Akhirnya kita dapat sambung belajar. Engakau jangan lupa aku di sana nanti. Nanti bolehlah kita bertukar cerita.Baiklah, aku nak bertanya kepada kawan-kawan kita yang lain. Nanti bila aku dah mengetahui siapa yang dapat sambung belajar lagi aku bagitahu engakau.

“Baiklah Aiman..Jika ada apa bagitahu kepada aku nanti. Missed You and Take Care”.

            Aiman terkenang saat belajar di Politeknik Sultan Idris Shah. Mereka begitu rapat sekali. Di awal perkenalan, Nuril mengejek Aiman kerana Aiman pengsan secara tiba-tiba ketika menghadiri kuliah di Blok Akademik. Disebabkan itu, hubungan mereka berdua begitu arkab.

“Aiman!!engkau ni kenapa? Tidak mahu kerja lagi, asyik mengalamun sahaja”.

“Maaf  kak lia, Aima ingat Aiman ada kat rumah tadi.Rupa-rupanya masih di tempat kerja”.

“Sudahlah, jangan mengalamun lagi. Baik engkau susun barang-barang ni di rak. Lagi 3 jam lagi engkau akan balik rumah. Lepas Pukuul 11 malam mengalamunlah puas-puas”.

“Baiklah akak”

Aiman meneruskan pekerjaannya sehingga selesai. Dia pun pulang dan sempat membeli tiket tambah nilai maxis agar dia dapat menghubungi beberapa orang kawannya pada esok hari. Bagi aiman dia perlu mengetahui siapa kawan-kawannya yang dapat menyambung pengajian lagi setelah mereka semua tamat pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah.



*Bersambung........*

No comments:

Post a Comment