My Blog List

Saturday 12 March 2011

SAHABAT CINTA. -BAB 5-

Fuad mundar-mandir didalam biliknya. Hatinya tidak begitu senang sekali. Pelbagai perasaan yang melanda dirinya sama ada teruja, takut dan gementar. Dia tidak sabar untuk menyemak keputusan tawaran pengajian di laman web rasmi milik jabatan politeknik kementerian pengajian tinggi. Di dalam hatinya itu hanya mengambarkan keputusan tawaran tersebut sahaja.

“Mak! mak! Fuad nak keluar sekejap”.

“Fuad, engakau nak ke mana nak”.

“Fuad nak pergi ke pusat komputer  emak. Fuad pergi sekejap sahaja”.

“Baiklah Fuad”. Balas emaknya itu.

            Fuad segera begerak ke pusat komputer yang tidak begitu jauh dari rumahnya. Dia hanya pergi berjalan kaki yang hanya memngambil masa 10 minit sahaja. Manakala mak piah tidak mengetahui tujuan anaknya ke pusat komputer.  Mak Piah hanya mengetahui anaknya itu begitu asyik mundar-mandir tidak keruan di dalam rumah. Mak Piah ingin bertanya kepada anaknya. Namun di sebabkan dia terlalu sibuk menguruskan barangan jualan pada keesokan hari, niat Mak Piah terhenti. Dia terlupa perkara yang hendak ditanyakan itu.

            Manakala Fuad tidak keruan berjalan kaki menuju ke pusat komputer. Langkah kakinya itu begitu laju sekali agar dia cepat sampai di tempat yang ditujunya itu. Hatinya semakin gusar dan tidak membayangkan apa yang bakal dia terima setelah mengakses laman web milik jabatan politeknik. Dia berdoa terlebih dahulu agar keputusan tawaran pengajian itu bakal mengembirakan hatinya.

“Alhamdulillah..akhirnya dapat juga aku meneruskan pengajian di peringkat diploma”. Fuad begitu gembira sekali.

Setelah fuad sudah mengetahui keputusan tawaran pengajian dia segera pulang untuk memberitahu kepada ahli keluarganya. Dia memberi salam kepada ahli keluarganya dirumah. Terserlah wajah gembira yang terpampar. Adik bongsu fuad berasa hairan dan mula bertanya kepada abangnya itu.

“Abang Fuad, kenapa gembira semacam saja ni. Ada apa-apakah”.

Fuad hanya senyum sumbing kepada adiknya itu dan membalas jawapan yang di tanyakan kepada adiknya. “Tiada apa-apalah Fendi”.

“Habis tu mengapa Abang Fuad kelihatan riang sekali”.

“Hmmm..emak mana Fendi? Abang ada sesuatu yang ingin dicakapkan kepada emak”. Aiman menukar perbualan dengan adiknya itu. Baginya berita gembira itu perlu disampaikan kepada emak dan abahnya terlebih dahulu.

“Emak berada di dalam biliknya abang.”.

            Fuad segera melangkahkan kakinya untuk pergi ke bilik orang tuanya itu. Pintu bilik orang tuanya itu tertutup dengan rapi sekali. Fuad segera mengetuk pintu bilik tersebut agar dia dibenarkan masuk kedalam biliknya itu.

“Tuk..Tuk…Tukkkk”. Mak Piah segera membuka pintu biliknya itu.

“Emak, mak tidur lagikah”. Fuad bertanya kepada emaknya itu.

“Belum lagi Fuad. Engkau ada apa”.

“Hmmm…emak, abah mana? Fuad ada berita ingin disampaikan kepada mak dan abah”.

“Fuad, abah engakau keluar tadi. Belum pulang lagi. Takkan engkau tidak sedar kereta abah kau tiada diluar rumah tu”.

“Maaf mak, Fuad lupa. Hmm..Fuad nak beritahu kepada emak bahawa Fuad dapat sambung belajar lagi. Fuad baru sahaja menyemak keputusan tawaran pengajian tadi”.

“Ya ke Fuad? Syukur Alhamdulillah. Akhirnya kau dapat juga sambung belajar ya nak”.

            Mak piah begitu gembira dengan apa yang di dengarnya tadi. Anak keduanya itu akan menyambung pengajian semula ke peringkat diploma. Dia tidak begitu sabar untuk menceritakan berita gembira itu kepada suaminya. Pak Yunus baru sahaja pulang dari restoran miliknya itu. dia begitu letih sekali kerana menguruskan beberapa pekerjaan yang masih terdapat di restoran tersebut. Semenjak dia bersara, pak yunus mengambil keputusan untuk mebuka restoran yang terletak dibandar klang.

            Mak Piah terdengar suara suaminya itu dan segera kea rah suaminya itu. dia bertanyakan segala pekara yang berkaitan dengan restoran milik suaminya itu terlebih dahulu. Mak Piah mengajak suaminya kedapur dan menghidangkan kopi o panas kepada suaminya. Mak Piah memulakan bicara untuk menyampaikan berita gembira kepada suaminya.

“Abang, tadi Fuad bagitahu Piah yang dia dapat tawaran sambung belajar”.

“Betulkah Piah, eloklah macam itu”.

Pak yunus segera menghirup air kopinya itu. pak yunus segera memanggil Fuad untuk mendengar dengan lebih mendalam.

“Fuad! Mari sini sekejap nak. Abah ada hal ingin bertanya kepada Fuad”.

            Maka, Fuad segera menuju ke abahnya itu. Dia sudah menjangkakan kenapa abahnya itu memanggilnya untuk bersua. Didalam hatinya itu begitu gusar kerana dia begitu takut sekiranya Pak Yunus tidak membenarkan dia untuk sambung pengajia.

“Abah..abah panggil Fuadkah”.

“Yalah Fuad. Takkan ada nama orang lain lagi didalam rumah ini yang sama dengan kau”. Pak Yunus sempat menyindir anaknya itu.

“Fuad betul kau dapat sambung belajar?”.

“Betul abah, Fuad baru sahaja menyemak keputusan tawran pengajian tadi. Fuad dapat sambung belajar di selatan tanah air abah”.

“Johor??

Gluppp…Fuad semakin gusar. Dia begitu takut sekiranya Pak yunus tidak membenarkan dia untuk sambung belajar semula.

“Fuad, abah benarkan kamu belajar tetapi kamu kena janji dengan abah yang kamu akan rajin belajar disana”.

            Fuad begitu gembira sekali. Dia melompat keriangan hingga tak terkata. Dia ingin berkongsi cerita dengan kawannya Aiman. Fuad tahu bahawa aiman turut memohon untuk menyambung pengajian. Dia ingin bertanyakan kepada Aiman mengenai pekara itu.

            Setelah dia sudah mengetahui Aiman dapat tawaran pengajian, Fuad berasa lega kerana terdapat kawan sekelasnya itu akan menuntut tempat yang sama dengannya. Dia menghubungi kawan-kawan yang lain. Fuad terfikir untuk bertanyakan kepada Ilham. Dia segera menelefon Ilham untuk bertanyakan hal tersebut.

Pernah ada rasa cinta…..kedengaran lagu saleem iklim berkumandang di telefon bimbit milik Ilham. Ilham segera mencapai telefon bimbitnya itu. Kelihatan nama pemanggil yang trpampar di skrin telefon bimbitnya. Dia segera menjawab panggilan telefon.

“Assalamualaikum, abang am apa khabar?”.

“Waalaikumsalam, abang am sihat sahaja, Fuad menelefon abang ada apa?”.

“Oooh.. baguslah abang am sihat. Fuad ingin bertanyakan kepada am sesuatu”.

“Apa dia Fuad?”.

“Macam ni abang am, Fuad baru sahaja menyemak tawaran pengajian politeknik. Abang am ada mohon kemasukan kali ni”.

“Abang am mohon kemasukan kali ini juga. Baru sahaja menyemaknya tadi. Alhamdulillah abang dapat tawaran pengajain di Politeknik Johor Bahru”.

“Betul ke abang am? Hmmm..Fuad dan Aiman dapat tempat itu juga. Nanti bolehlah kita jumpa”.

“Insyaallah, Fuad, Abang am ada sedikit kerja yang ingin dibuat. Lain kali kita berbual lagi”.

“Baiklah abang am”.

            Maka terputuslah talian perbualan mereka itu. Fuad begitu gembira kerana kawan rapatnya itu dapat tawaran pengajian di tempat yang sama dengannya. Dia segera memberitahu kepada aiman.

Bip..bip..bip... aiman melihat telefon bimbitnya itu. terdapat satu pesanan ringkas yang baru diterimanya. Aiman severa membaca pesanan ringkas tersebut.

“Assalamualaikum, Aiman aku mahu memberitahu kau bahawa Abang am dapat satu tempat pengajian dengan kita. Aku baru sahaja menelefonya tadi”.

            Aiman membalas pesanan ringkas kepada Fuad.”Betulkah Fuad . Baguslah”.

Aiman berasa gembira kerana Ilham dapat tawaran ditempat yang sama dengannya. Dia tidak begitu sabar kerana sudah begitu lama tidak berjumpa dengan Ilham. Banyak pekara yang ingin dikongsi kepada Ilham. Kematangan kata-kata Ilham itulah yang aiman suka. Di sebabkan Ilham matang dan usia lebih tua tiga tahun dari Aiman dan Fuad, Ilham suka mensaihati mereka yang lebih muda darinya. Ilham menganggap Aiman dan Fuad seperti adiknya.






 *bersambung......*

No comments:

Post a Comment