My Blog List

Saturday 5 March 2011

Cerpen : Adakah Ini Hidupku


Adakah ini Hidupku…
                Aku seorang anak watan yang berasal dari kampung..untuk menimba ilmu, aku menutut disebuah intitusi pengajian tinggi..Kehidupan disini mengajar aku pelbagai erti..Namun kekelemahan diri menghantui fikiran kecilku ini..Aku tahu dengan kelemahan diri yang aku alami..namun sungguh sukar untuk aku atasi seorang diri..Sumber kekuatan aku adalah emak, tanpa emak aku tidak mampu bertahan disini..secara jujurnya aku tidak boleh berjauhan dengan emak..teringat pesanan emak di kampong..”Angah..jangan tinggalkan solat, banyakkan berdoa”..Namun jenis yang cuai..nasihat emak seperti masuk telinga kananku dan keluar telinga kiriku ini..
Manusia memerlukan komunikasi antara sama sendiri..memang tidak dapat di nafikan..Aku mula teringat kepada kawan-kawan sekolahku dahulu..begitu gembira berkongsi saat manis..hmm kerinduaku kepada kawan-kawan memang tidak dapat dinafikan..rindunya aku kepada Chandran, Raju, dan Ikram..kami selalu bersama pada satu saat dulu..sehingga ke tempat trpencil kami berempat pasti bersama..
“Chandran, sudah siap latihan akaun?”..”Sudahlah Fizz, mestilah sudah siap..tidak seperti awak”..hmm chandran seperti tahu niatku..”Chandran, boleh saya pinjam..saya tidak buat lagi latihan akaun itu”..dengan spontan chandran membalas..”saya dah tahu apa yang awak mahukan Fizz”..aku tersengih membalas ayat yang dikeluarkan oleh chandran..
                Hmmm…banyak betullah latihan akaun ni..sempat ke aku tiru..nanti masa cikgu zila..harap sempatlah..tidak pasal aku kene cubit dengan dia..
Akhirnya sempat juga aku meniru dan menyalin latihan akaun tersebut..dari tadi aku seperti kehilangan seseorang..owhh ikram rupanya..dimana dia berada..raju pun tiada di kerusinya..baik aku tanya kepada chandran..”chandran..awak tahu dimana ikram dengan raju? Dari tadi saya tidak Nampak batang hidung mereka berdua”..dengan pantas chandran membalas..”Fizz..mereka berdua panggil cikgu zila, takkan awak lupa.”..aku terus berborak dengan chandran..tiba-tiba nahu aku disapa..terkejut aku..”kau ni ikram..nasib baik aku tidak ada sakit jantung”..ikram tersengih sumbing seperti biasa..”wei korang, cikgu tidak masuk hari ini”..betul ke ikram..aku dengan kau bukan aku percaya sangat..aku sudah masak dengan kau..bukan boleh percaya cakap kau tu seratus peratus..Ring…ring..ring..tersentak aku dari lamunan..phone aku berbunyi..pemanggil ialah emak..apa agaknya..hmmm…rupanya aku teringat kepada mereka bertiga..tempat aku meluahkan cerita semasa zaman persekolah..sudah lama aku tidak menghubungi chandran dan raju..setakat ikram..balik kampung aku boleh jumpa..
                Hidupku disini menerima pelbagai dugaan..namun aku sendiri yang mencipta segala konflik yang ada..Kelemahan diri masih menghantui jiwa..mengapa begitu sukar untuk aku berkomunikasi dengan lelaki dari bangsaku sendiri..dengan masalah ini aku suka menyendiri..inilah sikap yang ada dalam hidupku..inilah yang aku simpan selama ini..


Aku melangkah ke institusi ini untuk menyambung pengajian diperingkat diploma..pada peringkat awal, hatiku tidak bersedia untuk menyambung pengajian semula..aku berfikir, ini sahaja peluang yang harus aku ambil..Emak bertanya kepadaku..”Angah, sudah bersediakah untuk sambung pengajian”..aku membalas “tidak pastilah emak, tapi kawan angah pun dapat disana juga, tidak kekoklah angah nanti”..emak seperti mengetahui isi hatiku ini..Aku besandarkan seribu harapan kepada shahir..Shahir lah tempat aku bergantung harap..kerana aku sedar dengan kelemahan diri yang aku ada..dengan adanya dia, sudah pasti aku mempunyai kawan untuk berinteraksi..sudahlah aku hampa dengan berita tentang amzan yang lebih beberapa tahun  tua dari aku tidak jadi untuk sambung disini kerana dia dapat bertukar ke tempat lamaku dahulu..dengan adanya amzan sudah pasti banyak nasihat diberikan kepadaku..fikirannya lebih matang dan membuatkan aku menerima nasihatnya..
“Fizz, kita kena cari rakan serumah yang baru” kata shahir..”Ikut suka kau hir..aku setuju..janji sewa rumah dapat bayar kurang dan perangai budak-budaknya baik..aku terima”..
Pada minggu seterusnya bermula kehidupan aku dengan rakan serumah yang baru..walaupun aku mempunyai masalah tentang pekara yang terdapat minda..aku cuba untuk bergau dengan mereka semua..walaupun aku banyak membisu seribu bahasa..dalam erti sebenarnya aku tidak tahu untuk memulakan bicara..
                Owh tuhan..mengapa aku sukar untuk membuang kelemahan diri..kadangkala aku cemburu dengan hir kerana dia dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja..kelemahan diri aku ini menjadi konflik terhadap diri aku sendiri..
Aku mula teringat perihal aku dengan ikram dahulu..sungguh berdosa rasanya terhadap dia..disebabkan emosi yang tidak stabil..aku tidak bertegur sapa dengan ikram selama 6 bulan..aku bosan dengan dia yang suka bercerita perihal pelancongan atau lawatan..aku tahulah dia selalu pergi melancong dengan menaiki bas..tapi janganlah cerita benda yang sama..membuatkan aku tertekan..lagi satu punca aku tidak mahu tegur dia sebab dia banyak menghabiskan masa dengan qaiyum..padahal aku ni kawan baik dia dari tingkatan satu lagi..entah mengapa aku mengundurkan diri..aku menjauhkan diri dari ikram..pergi ke sekolah dan balik ke sekolah pun tidak sama lagi..aku melarikan diri dari dirinya..sebab aku mudah emosi..aku tahu ikram tertanya perubahan drastik aku ini..akhirnya aku kembali berkawan dengan ikram apabila di tingkatan 5..
                Saat inilah konflik yang berlaku antara aku dan hir..aku tidak dapat menerima yang dia buat kepadaku..perasaanku mengatkan hir tidak memerlukan aku lagi..aku mula hidup dalam dunia aku sendiri..suka bersendirian tanpa interaksi..masaku banyak aku habiskan dengan laptop aku..seperti perasaan aku yang menghasut aku untuk memulaukan rakan serumahku..padahal mereka tidak bersalah..dalam kekalutan jiwa, aku mudah bercakap bersendirian..seperti ada orang disamping diriku ini..tiba-tiba mengalami kemurungan..sehingga aku ingin menorah pergelangan tangan kiriku..
Eizanie dan aku adalah satu..dia muncul dalam diriku..tika aku keseorangan..tika aku bersendirian..kekalutan jiwa membuatkan minda aku sakit..seperti aku berinteraksi dengannya..jiwa aku makin kacau tanpa arah tujuan..aku semakin tertekan..eizanie bermula sewaktu aku semester 2..aku mengalami tekanan yang melampau..aku tidak pandai untuk meluahkan perasaan..kebanyakkan aku simpan didalam hatiku sendiri..aku tension dengan hidup aku..aku tension dengan orang yang busy body pasal diri aku..pada waktu yang sama aku mendapat berita bapa aku masuk wad..sungguh sedih waktu itu..hendakku pulang masa tidak mengizinkan..pada waktu itu aku suka bersendirian..cakap sorang sehingga aku terfikir untuk mati..banyak percubaan aku lakukan..namun aku tidak pasti adakah ini diriku kerana seperti ada suara yang menghasut aku melakukannya..dan suara itu aku panggil eizanie..dia selalu hadir dalam mindaku..
                Aku berbincangan hir..aku bertanya kepada dia..apakah kesalahan diriku ini..mungkin aku dapat menghubah sikap aku ini..Hir berkata..”Fizz, kau tidak bergaul dengan rakan serumah kita”..aku mengakui kata-kata hir..silap diri aku sendiri kerana tidak pandai berinteraksi dengan orang lain..aku membalas kepada hir..”aku akan cuba bergaul dengan mereka”..akhirnya aku cuba untuk lepak bersama dengan rakan serumahku yang lain..
                Satu masa secara tiba-tiba aku merasakan perut mengalami kesakitan yang melampau..aku terlewat makan pada waktunya..pada tersebut ikmal tidak sihat dan batuk-batuk..aku menagung kesakitan dalam bilik..Hir masuk kebilik dan mengajak aku makan..aku mendiamkan seribu bahasa..aku tidak memberitahu perihal ini..kesemua rakan serumahku keluar untuk makan malam..aku menguatkan semangat aku untuk meredah belukar dan curang demi untuk pergi ke klinik..aku tidak suka meminta pertolongan orang..aku lebih bedikari..dalam kegelapan malam banyak kali aku ingin rebah di jalanan..namun semangat aku kuat untuk melalui kawasan itu..suara hatiku mula menghasut minda..Hir nampak aku sedang mengalami kesakitan..mengapa dia tidak bertanya..dalam fikiranku..sampai hati sungguh hir membuat aku begini..namun bila difikir balik aku sendiri tidak memberitahu..inilah silap aku..
                Keesokan harinya..aku seperti sedia kala..aku keluar berseorangan tanpa teman..aku dudk di pusat computer berjam-jam lamanya..namun secara tidak semena, aku merasakan diri aku terlampau berat..aku mengambil keputusan untuk pulang..pada waktu yang sama aku menelefon kakak..sempat aku berborak..apabila sampai di pintu bilikku..aku tidak dapat menahan..akhirnya aku rebah didalam bilik..aku tedengar suara rakan serumahku..namun mataku tidak dapat celik juga..aku dengar apa yang mereka katakan..aku dengar mereka memanggil aku untuk bangun..akhirnya aku terasa badan aku di angkat…sedar-sedar aku sudah berada di hospital..
Akhirnya aku kembali bersama kepada mereka..banyak kali juga aku pengsan dalam tempoh beberapa minggu sebelum cuti tahun baru cina..cuti tahu baru cina adalah masa untuk aku berubat secara tradisional atau islam..namun aku tidak dapat berubat dengan ustaz di daerahku itu..kerana ustaz tersebut rebah juga pada waktu yang ditunggu..akhirnya aku dibawa oleh pak cik aku untuk berubat di daerah pontian..semasa proses berubat tersebut..aku merasakan sesuatu bagai hendak keluar dari tubuhku..sungguh sakit sekali..akhirnya ia keluar..pak imam tersebut bepesan supaya banyak membaca suroh..namun aku terlalu alpa..nasihat aku buang entah kemana..akhirnya kembali dirasuk sekali lagi..
                Waw..projek ini sungguh memenatkan diri aku..aku terpaksa pergi ke bebrapa tempat..ahli kumpulan aku tidak bersatu..ohh tidak..sukarnya untuk menjadi orang tengah..demi projek kumpulan sendiri aku terpaksa juga walaupun jiwa ini terasa tertekan..mengapalah mereka tidak mahu berinteraksi sesame sendiri..sedangkan aku mempunyai masalah..konflik jiwa aku sendiri dan sakit yang aku alami..mengapa salah seorang tidak mengerti..namun itu jalan aku pilih..aku tidak boleh salahkan sesiapa..semua salah aku sendiri kerana tidak memberitahu mereka apa yang aku rasa..minggu depan pula minggu untuk bentang projek tersebut..hatiku begitu lega..akhirnya tidak terikat dengan mereka..ring…ring..ring..telefonku berbunyi..angah pulang ke kampung..ayah masuk wad..nasib baiklah minggu depan kelas sudah kurang dan lusa pula hari sabtu..dapat aku pulang ke kampung..namun aku mendapat pekara yang menyakitkan hati..bagai hati di robek pilu..menanggung cerita yang didengar..siapa punya angkara penabur fitnah..walaupun aku tidak kuat iman, namun isu agama aku titikberatkan..masih ada batas dalam perhubungan lelaki dan perempuan…ikutkan perasaan malam ini juga aku ingin pulang..namun jam menjadi penghalang..sekarang puku 12 tengahmalam..aku berfikir keesokkan hari aku perlu cabut dari pengetahuan rakan rumahku ini..
“Emak, angah rasa malas hendak balik ke sana”..”mengapa angah”, Tanya emak kepadaku..”entahlah emak, sungguh berat hati ini, pelbagai masalah melanda jiwa”..hmm berkata kepadaku..”sabar angah..banyakkan solat, solat tulah menjaga kita nanti”..aku tersenyum kelat kerana kata=kata emak itu tidak aku lakukan..apabila aku berasa perlu barulah aku berhadapan kepada maha esa..sungguh berdosa diriku ini kepada maha pencipta…
                Minggu peperiksaan akhir sudah bermula..aku sering sakit dan pengsan..tiap-tiap hari aku mengadu kepada emak..pada satu tahap emak menelefon aku supaya berhenti pengajian dan pulang ke kampung..aku tidak mahu berbuat demikian..kerana inilah satunya harapan dalam impianku..aku berkata emak..”angah akan bertahan sehingga kertas yang terakhir”..minggu ini jugalah aku berbincang dengan hir untuk kali terakhir dalam semester ini..aku akui memang silap dan salahku..aku yang memilih jalan sebegitu rupa..hari yang aku tunggu sudah semakin dekat..hari ini juga aku pulang ke kampung halaman..aku tidak tahan untuk menanggung kesakitan yang ada..sebelum aku pulang banyak pekara yang perlu aku selesaikan..duit rumah sewa dean sebagainya..seseorang berkata kepada ku sebelum aku pulang..kita harus belajar memperbaiki hubungan..namun aku tidak sesekali memnadang wajah mereka berdua..aku berlalu pergi begiti saja..namun hatiku sedih..mengapa aku berbuat demikian..mereka terlalu baik kepadaku..merekalah menjaga aku semasa aku sakit dan pengsan..aku berfikir adakah ini hidupku suka hidup dalam dunia sendiri..
Keputusan peperiksaan akhir telah keluar..ini bermakna seminggu lagi aku akan balik ke tempat pengajian..sungguh duka cita rasanya..pointer aku membuatkan hati aku terasa sayu..namun Alhamdulillah aku lulus semua subjek..nasib baik tidak mengulangi mana-mana subjek..namun hati aku berbelah bahagi untuk pulang ke tempat pengajian..adakah peristiwa lalu menghantui diriku??pelbagai persoalan..aku masih tertnya..mampukah hubungan aku dengan mereka semua akan seperti dulu lagi..tidurku makin tidak lena..esok aku perlu pulang untuk menuntut ilmu..akhirnya samapai di muka pintu..perasaan berdebar terasa di hati..aku melihat mereka dan bersalaman kepada semua..namun aku masih berada dalam konflik diri..begitu sukar untuk menerima kenyataan..aku makin teperuk dalam bilikku sendiri..tanpa interaksi dengan sesiapa..
                Disinilah aku berdiri untuk menuntut ilmu yang ada..namun hatiku sedih sekali..semua meninggalkan diriku..semua ini silapku..aku tidak pandai mengawal emosi..akhirnya perhubungan seperti terhenti..aku diam membisu..tanpa untuk berkata apa-apa..aku rindukan diriku yang ceria..rindukan perhubungan..rindukan semua teman yang aku ada..namun sikap ego kian menebal..bagaimana untuk mengucapkan tanda ucapan maaf..aku tidak boleh mengeluarkan ungkapan maaf secara terbuka..mulutku seperti dikunci..dan aku mula berkata besendirian..eizanie lepaskan diriku..kembalikan diriku dan keluarlah dari hidupku..kerana engkau terdapat dalam jiwaku ini..perhubungan kian bergolak..sering aku berfikir adakah ini hidupku..aku masih tercari-cari identiti hidupku ini…

-EiMan-
5.00 p.m.
11 Julai 2010..

No comments:

Post a Comment