My Blog List

Saturday 5 March 2011

SAHABAT CINTA. -BAB 2-

Pada Keesokan harinya Aiman meneruskan niat untuk menghubungi kawan sekelasnya sewaktu di Politeknik Sultan Idris Shah. Dia masih berfikir untuk memulakan ayat yang bagus untuk bertanya kepada kwan yang lain.

“Hmm..siapa yang ingin aku hubungi ni? Baik aku bertanyakan kepada Shazmin”.

Maka Aiman pun memulakan langkah untuk menghubungi Shazmin. Dia pun membuka fail pesanan didalam telefon bimbitnya dan mencari ruangan tulis pesanan ringkas. Maka bermula era membalas pesanan antara Aiman dengan Shazmin.

“Asssalamualaikum..Buat apa? Sihat. Aiman ingin bertanya kepada Shaz sesuatu ni”.

Shazmin pun membalas pesanan ringkas dari Aiman melalui Telefon Bimbitnya. “Waalaikumsalam..Shaz sihat saja. Aiman mahu bertanyakan apa dia kepada Shaz”.

“Aiman baru saja menyemak keputusan tawaran pengajian politeknik. Shaz ada mohon kemasukan sesi Januari 2009? Fuad dapat tempat yang sama dengan Aiman di Politeknik Johor Bahru.

“Owh..begitukah Aiman. Shaz pun dapat tawarn sambung belajar juga. Tapi di Politeknik Merlimau”.

Aiman membalas pesanan Shaz lagi. “Shaz tahu siapa lagi kawan kelas kita yang dapat sambung pengajian”.

“Shaz tahu cuma Aira yang dapat sambung belajar dengan shaz di Politeknik merlimau itu”.

Aiman pun berfikir termasuk dia, Cuma lima orang saja yang di ketahui akan menyambung pelajaran ke peringkat Diploma. Sedang khusyuk berfikir Aiman hingga terlupa membalas pesanan ringkas tersebut kepada Shaz.

“Aiman..Aiman..engkau ni mesti lupa membalas pesanan ringkasku. Tidak mengapalah Aiman. Nanti ada masa kita hubungi lagi. Aku ada kerja hendak buat ni”.

Bip..Bip..Bip..tersentak Aiman dari lamunan. Terdapat satu pesanan ringkas yang baru diterima dari Shaz dan Aiman pun membalas pesanan ringkas tersebut.

“Maaf Shaz, Aiman lupa. Esok Aiman hubungi Shaz lagi”.

            Aiman begitu mundar mandir hingga tidak senang duduk. Segala pekerjaan tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Dia asyik berfikir siapa lagi temannya yang dapat menyambung pelajaran ke peringkat Diploma. Didalam fikirannya juga dia terfikir ingin mengambil transkrip akademik di Politeknik Sultan Idris Shah.

          Hmm..bila aku ingin mengmbil transkrip akademik ni? Baik aku bertanya pada Shaz. Mana tahu dia ingin mengambil transkrip akademik dengan aku sekali. Tidaklah aku seorang diri di sana”.

“Aiman! Aiman! Aiman!” kedengaran suara emak di dapur.

            Aiman terus menuju kedapur kerana emaknya memanggil. Di dapur  mak Limah sedang sibuk membasuh pinggan sambil memasak juadah tenggahhari. Aiman pun menghampiri emaknya.

“Mak! tadi emak panggil Aimankah?”

“Engkau ni kemana Aiman? Emak Panggil tidak dengar? Engkau buat apa tadi”.

“Aiman dihadapan emak. Aiman sedang berfikir siapa lagi kawan Aiman yang dapat tawaran belajar”.

            Didalam fikiran Mak Limah anaknya asyik berfikir perihal sambung belajar. Mak Limah beranggapan anaknya itu begitu tidak sabar untuk sambung pengajian. Bagi Mak Limah, dia tidak kisah jika anaknya sambung belajar lagi Cuma satu pekara yang sangat dikhuatirkan oleh Mak Limah iaitu Mak limah takut semangat anaknya yang tidak kuat kerana anaknya dahulu pernah mengalami tekanan perasaan hingga melakujkan sesuatu tidak wajar.

“Aiman! Engkau sudah buat keputusan muktamadkah untuk sambung belajar lagi”.

“Ya emak..Aiman nekad ingin sambung pengajian lagi pula Cuma setahun saja emak. Takkan Aiman ingin lepaskan peluang ini.

“Aiman..macam-macamlah engkau ni. Hmm baik engkau tolong emak pergi kekedai beli tepung”.

            Aiman pun membalas ungkapan yang emaknya katakan. Dia berkatakan sesuatu kepada emaknya. Satu perkataan sungguh keramat dalam dunia global ini iaitu Duit. Maka Mak Limah member sehelai wang ringgit kertas bernilai RM5. Mak limah sempat berpesan agar baki lebihan dari membeli tepung itu digunakan untuk mengisi minyak motor. Aiman pun senyum kambing kerana dia begitu gembira kerana ada sesorang mengisi minyak motornya.

            Aiman pun menghidupkan enjin motorsikalnya dan bergegas ke Kedai Ah Chong yang sinonim di kenali sebagai Homemart. Aiman member istilah kepada kedai itu ialah rumahpasar. Dia selalu pergi ke kedai itu untuk membeli barang jika terdapat keperluan. Kedai itu menjadi pilihannya semenjak ia di buka kerana kedai tersebut berkonsepkan pasaraya. Segala keperluan yang diingin senang dan mudah untuk di carinya.

            Setelah selesai membeli tepung dia pun pergi ke stesen minyak di kampungnya. Dia mengisi minyak mengikiut baki dari lebihan membeli tepung tadi. Pekerja stesen minyak tersebut sempat lagi bergurau senda dengannya.

“Aiman! Kat tangan engkau banyka bulu. Mesti di dada engkau ada bulukan”.

Ishhh apalah abang mana. Ini pun hendak sibuk. Macam tidak ada kerja lain nak dibuat agaknya. Bagi menjernihkan keadaan Aiman membalas kata-kata Abang Man tadi.

“Abang Man..mana ada bulu pun”. Maka selesailah tangki minyak motor Aiman meminum air yang berwarna kuning jernih itu. Aiman membayar minyak petrol yang di isi oleh Abang Man sebentar tadi dan dia segera pulang.



*bersambung....*

No comments:

Post a Comment