My Blog List

Saturday 5 March 2011

SAHABAT CINTA. -BAB 4-

Vroom..vroom..kedengaran bunyi motorsikal di hadapan rumah. Aiman segera keluar dari biliknya untuk melihat siapa yang dating kerumahnya. Kelihatan motorsikal posman baru sahaja keluar dari pekarangan rumahnya itu. Aiman segera keluar dan melihat di peti surat agar mengetahui surat-surat yang baru diterima.

Terdapat empat pucuk surat baru sahaja di hantar oleh posman. Salah satu daripada surat tersebut menunjukkna nama Aiman. Aiman membuka surat tersebut dan kelihatan buku panduan pendaftaran politeknik johor bahru dan surat tawaran pengajian.

“Aiman! Aiman!” Teriakan suara emak berkumandang. Aiman segera kearah emaknya.

“Mak, ini surat tawaran politeknik sudah sampai. Kandungan surat ini menyuruh Aiman untuk mendaftar pengajian pada 14 januari ni mak”.

“Owhh..nasib baik lah 14 januari, ayah engkau ada masa untuk menghantar lagi”. Emak membalas.

Pak Latif  sekeluarga merancang untuk pergi melancong bersama mak limah dan anak-anaknya. Segala urusan pembelian tiket kapal terbang sudah di tempah tiga bulan awal. Pak Latif tidak membeli tiket untuk Aiman sekali kerana di beranggapan bahawa anaknya itu akan menyambung pengajian dalam masa terdekat. Mereka akan bertolak pada 16 januari itu pergi ke Bintulu Sarawak.

            Aiman diberi masa tiga minggu untuk menguruskan hal berkaitan dia sambung belajar. Tiga minggu itu jugalah dia menyelesaikan segala urusan yang berkaitan. Aiman merancang urusan yang dengan teliti sekali agar tidak berlaku sebarang masalah.

            Minggu yang pertama aiman menyelesaikan pekara yang berkaitan dengan laporan kesihatan. Aiman membuat keputusan untuk menjalani pemeriksaan di klinik swasta.

“Adik, daftar pengajian bila?”

“Saya daftar pada 8 julai ini”.

“Mengapa adik tidak datang awal-awal untuk menjalani pemeriksaan kesihatan”.

“Nak buat macam mana encik, surat baru sahaja datang dua hari lepas”.

“Tidak mengapalah adik, saya ambil surat ini. Dua hari lagi adik datang lagi. Saya akan mengambil darah adik, air kencing dan x-ray sekali”.

“baiklah encik”.

            Aiman tersentak dari lamunannya. Dia sudah berada di kaunter pertanyaan klinik swasta tersebut. Aiman bertanya kepada pekerja di klinik swasta tersebut untuk memastikan terdapat kemudahan untuk membuat laporan kesihatan.

“Akak, disini boleh membuat medical check up?”

“Boleh encik”.  Balas pekerja klinik swasta tersebut.

“Saya hendak membuat pemeriksaan kesihatan untuk urusan sambung belajar. Berapa bayaran yang perlu dibayar?”.

“RM50 sahaja, encik berikan kad pengenalan encik dan borang medical check up dari pihak kolej kepada saya”.

“Ini dia kak”. Balas aiman.

Aiman menunggu namanya dipanggil semula oleh pekerja di klinik tersebut. Urusan pendaftaran telah diselesaikan oleh pekerja klinik tersebut dan memnaggil aiman.

“Encik tunggu sebentar, nanti kami akan memanggil nama encik”.

Aiman tidak henti-henti melihat jam di telefon bimbitnya itu. Dia berfikir bilakah namanya akan dipanggil oleh pihak klinik tersebut.

“ Muhammad Aiman Hanif”. Kelihatan seorang pekerja klinik tersebut memanggil nama aiman.

“Ya saya”. Aiman membalas.

“Encik, mari ikut saya. Saya akan x-ray badan encik”.

Aiman segera mengikut pekerja tersebut. Dia diminta untuk masuk kedalam sebuah bilik dan disuruh oleh pekerja tersebut membuka baju. Pekerja tesebut memulakan tugasnya. Seteklah selesai aiman diminta keluar dan menunggu untuk berjumpa dengan doktor. Aiman segera memakai semula bajunya dan terus keluar dari bilik tersebut. Dia menunggu doktor  untuk berjumpa dengannya.

Setelah 10 minit dia menunggu akhirnya dia diminta untuk masuk ke bilik doktor. Doktor tersebut mengisi borang pengesahan laporan kesihatan. Dia bertanya serba sedikit kepada aiman. Setelah selesai aiman segera pulang.

OOo..bulan…kedengaran bunyi telefon aiman berbunyi. Tepapar nombor si pemanggil di telefon bimbitnya itu. Pihak kedai serbaneka menelefonnya agar aiman segera masuk untuk bekerja kerana terdapat rakan sekerjanya mengambil cuti pada hari tersebut. Aiman meminta untuk masuk pada jam 7 malam. Ini bermakna aiman terpaksa bekerja begitu awal dan jumlah bekerja itu 12 jam.

“Hmmm…ada-ada sahajalah budak-budak ni. Tak boleh aku senang”. Aiman merunggut sendirian. Dia beranggapan rakan sekerjanya itu ingin menyusahkan dia. Aiman berkata di dalam hati.

“Nampak gaya, aku kena tulis dalam buku komunikasi nanti agar jangan mengganggu aku pada waktu ini”.

            Didalam fikiran aiman terdapat kata-kata yang bakal dia luahkan nanti dalam buku komunikasi. Buku komunikasi digunakan pihak kedai serbaneka 24 jam yang di bekerja untuk menyampaikan segala pesanan, apa yang mereka lakukan. Ia begitu penting sekali. Setiap kali masuk kerja, pekerja kedai serbaneka tersebut perlu membacanya terlebih dahulu agar mengetahui apa yang berlaku pada shift sebelumnya.

            Aiman menyusun ayat-ayat yang hendak digunakan didalam buku komunikasi pekerja. Pelbagai ayat sudah difikirkan untuk memberitahu kakitangan kedai serbaneka tersebut agar tidak mengganggu dalam jangkamasa tersebut. Di  dalam buku tersebut dia memulakan bicara dengan memberitahu keadaan kedai terlebih dahulu dan pekara yang berlaku pada shiftnya.

“Kepada kakitangan yang lain dan pengurus kedai, aiman mohon maaf kerana pada waktu sekarang aiman tidak boleh mengantikan sesiapa jika terdapat kakitangan yang lain tidak hadirkan diri. Aiman perlu menguruskan sesuatu. Segala kesulitan amat aiman kesali”. Begitulah ayat puitis yang diutarakan oleh aiman.

Dalam jangka masa tersebut kakitangan kedai serbaneka tidak mengganggu Aiman. Aiman merancang untuk membuat pembayaran yuran pengajian di Bank. Terdapat dua jenis yuran yang pelu dijelaskan oleh Aiman iaitu yuran pengajian dan yuran jabatan.

            Aiman membuat pembayaran yuran jabatan terlebih dahulu di Bank Islam. Yuran ini perlu dijelaskan terlebih dahulu atas nama Koperasi PJB Sdn  Bhd.  Setelah selesai membuat pembayaran yuran jabatan di Bank Islam,  Aiman menuju ke Bank Simpanan Nasional untuk menjelaskan pembayaran yuran pengajian. Yuran pengajian tidak begitu mahal sekali. Hanya RM200 untuk pelajar yang tidak mendapat tawaran asrama untuk satu semester dan RM260 pula dikenakan kepada pelajar yang layak menduduki asrama. Aiman membayar yuran pengajian tersebut.



*bersambung....*

1 comment:

  1. salam.dik,wat medical check up kt mane ni?result dpt haritu jgak ke?

    ReplyDelete